Page 95 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 95

[Perkara  45]       Perlembagaan  Persekutuan                    57

              keanggotaan Dewan  negara

              45.  (1)  Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah terdiri
              daripada  ahli-ahli  dipilih  dan dilantik seperti  yang  berikut:
                    (a)  dua  orang  ahli  bagi  setiap  Negeri  hendaklah  dipilih
                        mengikut jadual  Ketujuh; dan

                   (aa)  dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
                        seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang
                        ahli  bagi  Wilayah  Persekutuan  Putrajaya  hendaklah
                        dilantik  oleh Yang  di-Pertuan Agong;  dan
                    (b)  empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-
                        Pertuan Agong.

                (2)  Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
              hendaklah  orang  yang  pada  pendapatnya  telah  memberikan
              perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan
              dalam profesion, perkara komersial, perindustrian, pertanian, aktiviti
              kebudayaan  atau  perkhidmatan  sosial  atau  yang  mewakili  ras
              minoriti atau berkebolehan  mewakili kepentingan  orang  asli.

                (3)  Tempoh  jawatan  seseorang  ahli  Dewan  Negara  ialah  tiga
              tahun  dan  tempoh  itu  tidaklah  tersentuh  dengan  pembubaran
              Parlimen.

                (3a)  Seseorang  ahli  Dewan  Negara  tidak  boleh  memegang
              jawatan selama lebih daripada dua penggal sama ada terus-menerus
              atau selainnya:


                Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telahpun tamat dua
              tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara ialah sebaik
              sebelum  permulaan  kuat  kuasa  Fasal  ini  seorang  ahli  Dewan
              Negara, maka dia boleh terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian
              selama  baki tempoh jawatannya.

                (4)  Parlimen  boleh  melalui  undang-undang—

                    (a)  menambah  bilangan  ahli  yang  akan  dipilih  bagi  setiap
                        Negeri  menjadi  tiga;

                    (b)  memperuntukkan  bahawa  ahli  yang  akan  dipilih  bagi
                        setiap Negeri dipilih sedemikian melalui undi terus oleh
                        pemilih-pemilih  Negeri itu;

                    (c)  mengurangkan bilangan ahli dilantik atau menghapuskan
                        ahli  dilantik.
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100