Page 96 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 96

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  45
                       Fasal  (1)(aa)
                         a.  Perenggan ini dimasukkan oleh Akta A442, perenggan 2(1)(a), berkuat kuasa dari 31-12-1978.
                         b.  Kemudiannya pula perenggan itu digantikan oleh Akta A585, seksyen 13, berkuat kuasa dari
                           16-04-1984 dan sekali lagi oleh Akta A1095, seksyen 15, berkuat kuasa dari 01-02-2001
                           untuk  membolehkan  seorang  ahli  Dewan  Negara  dilantik  untuk  mewakili  Wilayah
                           Persekutuan Putrajaya.  Perenggan (aa) yang asal berbunyi seperti yang berikut:
                             “(aa)  dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
                                 Agong;  dan”.

                       Fasal  (1)(b)
                       Pada asalnya perenggan ini memperuntukkan bahawa enam belas orang ahli hendaklah dilantik
                       oleh Yang di-Pertuan Agong. Akta 26/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 16-09-1963, memindanya
                       kepada dua puluh dua. Akta 19/1964, seksyen 6, berkuat kuasa dari 30-07-1964, selanjutnya
                       memindanya kepada tiga puluh dua; dan seterusnya dipinda dengan menggantikan “tiga puluh
                       dua” dengan “empat puluh” oleh Akta A442, perenggan 2(1)(b), berkuat kuasa dari 31-12-1978.

                       Fasal  (3)
                         a.  Dipinda  oleh  Akta  A442,  perenggan  2(1)(c),  berkuat  kuasa  dari  31-12-1978,  dengan
                           menggantikan “enam” dengan  “tiga”.
                         b.  Kemudiannya pula, Fasal ini dipinda oleh Akta A1130, seksyen 4, berkuat kuasa dari
                           28-09-2001,  dengan  menggantikan  perkataan  “Tertakluk  kepada  peruntukan  jadual
                           Ketujuh, tempoh”  dengan perkataan “Tempoh”.

                       Fasal  (3a): Ditambahkan  oleh Akta A514, seksyen 3, berkuat kuasa dari 15-05-1981.
                       Fasal  (4): lihat Per.  120.
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101