Page 98 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 98

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  46

                       1.  Perkara  ini seperti yang terdapat pada  Hari  Merdeka berbunyi seperti yang berikut:
                           “46.  (1) Dewan rakyat hendaklah terdiri daripada seratus orang ahli dipilih kecuali bahawa
                           Dewan  rakyat  yang  pertama  hendaklah  terdiri  daripada  seratus  empat  orang  ahli.
                              (2) Selepas selesainya banci pertama yang dijalankan selepas Hari Merdeka Parlimen
                           boleh melalui undang-undang  mengubah bilangan  ahli  Dewan rakyat.”.
                       2.  Perkara ini dipinda oleh Akta 14/1962, seksyen 14, berkuat kuasa dari 21-06-1962, dengan
                       menggantikan “seratus orang ahli dipilih kecuali bahawa Dewan rakyat yang pertama hendaklah
                       terdiri  daripada  seratus  empat  orang  ahli”  dengan  “seratus  empat  orang  ahli  dipilih”  dalam
                       Fasal (1), dan memansuhkan  Fasal  (2).
                       3.  Perkara ini digantikan oleh Akta 26/1963, seksyen 9, berkuat kuasa dari 16-09-1963, yang
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                           “46.  (1) Dewan  rakyat  hendaklah  terdiri  daripada  seratus  lima  puluh  sembilan  orang
                           ahli dipilih.
                              (2) Maka  hendaklah ada—
                                 (a)  seratus empat  orang  ahli dari Negeri-Negeri Tanah Melayu;
                                 (b)  enam belas orang  ahli  dari Sabah;
                                 (c)  dua  puluh  empat orang ahli dari Sarawak;
                                 (d)  lima belas  orang ahli dari  Singapura.”.
                       4.  Perkara ini dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, dengan
                       menggantikan  “lima  puluh  sembilan”  dalam  Fasal  (1)  dengan  “empat  puluh  empat”  dan
                       memotong perenggan (d) Fasal  (2).
                       5.  Perkara  ini  dipinda  lagi  oleh  Akta  A206,  seksyen  12,  berkuat  kuasa  dari  23-08-1973,
                       dengan menggantikan seluruh Perkara  itu yang berbunyi seperti yang  berikut:
                           “46.  (1)  Dewan  rakyat  hendaklah  mengandungi  seratus  lima  puluh  empat  orang  ahli
                           yang dipilih.
                              (2)  Daripada  bilangan  itu—
                                 (a)  seratus  empat  puluh  sembilan  orang  ahli  ialah  dari  Negeri-Negeri  dalam
                                     Malaysia  seperti  yang berikut:
                                       (i)   enam belas orang ahli dari johor;
                                      (ii)   tiga belas  orang ahli dari Kedah;
                                      (iii)   dua  belas orang ahli dari Kelantan;
                                      (iv)   empat  orang  ahli dari Melaka;
                                      (v)   enam orang ahli  dari  Negeri Sembilan;
                                      (vi)   lapan orang ahli dari Pahang;
                                     (vii)   sembilan orang ahli dari Pulau Pinang;
                                     (viii)   dua  puluh  satu orang ahli dari Perak;
                                      (ix)   dua  orang ahli  dari  Perlis;
                                      (x)   enam belas orang ahli dari Sabah;
                                      (xi)   dua  puluh  empat  orang ahli dari Sarawak;
                                     (xii)   sebelas  orang  ahli dari Selangor;
                                     (xiii)  tujuh orang ahli  dari Terengganu; dan
                                 (b)  lima orang  ahli  dari Wilayah Persekutuan.”.
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103