Page 99 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 99

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN
              per.  46—(samb.)

                 6.  Perkara  yang  ada  sekarang  digantikan  oleh  Akta  A566,  seksyen  5,  berkuat  kuasa  dari
                 16-12-1983. Walau bagaimanapun, penggantian itu tidaklah menjejaskan keanggotaan Dewan
                 rakyat  atau  mana-mana  pilihan  raya  ke  Dewan  rakyat  itu  sehingga  pembubaran  Parlimen
                 yang  berlaku  pada atau selepas 31-12-1984—lihat P.U. (A) 475  dan 476/1984.
                 Fasal  (1)
                 Dipinda oleh Akta A585, perenggan 14(a), berkuat kuasa dari 16-04-1984, dengan menggantikan
                 perkataan  “tujuh  puluh  enam” dengan “tujuh puluh tujuh”.
                 Fasal  (2)
                 Dipinda oleh Akta A585, perenggan 14(b), berkuat kuasa dari 16-04-1984, dengan menggantikan
                 perenggan (b),  dengan perenggan baru (b),  yang berikut:
                   “(b)  lapan  orang  ahli  dari  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur  dan  Labuan  seperti  yang
                       berikut—
                        (i)  tujuh orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
                       (ii)  seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan.”.

                 Fasal  (1)
                 Dipinda  oleh  Akta  A631,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  24-02-1986,  dengan  menggantikan
                 perkataan  “tujuh  puluh  tujuh” dengan  “lapan  puluh”.
                 Fasal  (2)
                 Dipinda  oleh  Akta  A631,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  24-02-1986,  dengan  menggantikan
                 perkataan “enam puluh sembilan” dalam perenggan (a) dengan “tujuh puluh dua” dan perkataan
                 “dua  puluh  empat”  dalam subperenggan (xi) perenggan (a) dengan “dua puluh  tujuh”.
                 Catatan:
                 Perkara ini, sebagaimana yang dipinda, tidaklah menjejaskan keanggotaan Dewan rakyat atau
                 mana-mana pilihan raya ke Dewan rakyat sehingga pembubaran Parlimen.—lihat Per. 57(1a).
                 Fasal  (1)
                 Dipinda  oleh  Akta  A837,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  20-11-1992,  dengan  menggantikan
                 perkataan  “lapan  puluh” dengan  perkataan  “sembilan puluh dua”.
                 Fasal (2)
                 Dipinda  oleh Akta A837,  seksyen  2, berkuat  kuasa dari 20-11-1992—
                  (i)  dengan menggantikan perkataan “tujuh puluh dua” dalam perenggan (a) dengan perkataan
                    “lapan  puluh  satu”;
                 (ii)  dengan menggantikan perkataan “lapan belas” dalam subperenggan (a)(i) dengan perkataan
                    “dua  puluh”;
                 (iii)  dengan menggantikan perkataan “empat belas” dalam subperenggan (a)(ii) dengan perkataan
                    “lima  belas”;
                 (iv)  dengan menggantikan perkataan “tiga belas” dalam subperenggan (a)(iii) dengan perkataan
                    “empat  belas”;
                 (v)  dengan menggantikan perkataan “sepuluh” dalam subperenggan (a)(vi) dengan perkataan
                    “sebelas”;
                 (vi)  dengan  menggantikan  perkataan  “dua”  dalam  subperenggan  (a)(ix)  dengan  perkataan
                    “tiga”;
                (vii)  dengan menggantikan perkataan “empat belas” dalam subperenggan (a)(xii) dengan perkataan
                    “tujuh  belas”;
                (viii)  dengan menggantikan perkataan “lapan” dalam perenggan (b) dengan perkataan “sebelas”;
                    dan
                 (ix)  dengan  menggantikan  perkataan  “tujuh”  dalam  subperenggan  (b)(i)  dengan  perkataan
                    “sepuluh”.
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104