Page 3 - CA01 1. GUNAKAN BAHASA KERJA YANG BERSESUAIAN
P. 3

Muka Surat /Page :3
                         No. Kod / Code No.            Z-009-1:2015-M01/P(1/3)
                                                                                             Drp / Of :11


                    1.3  Dalam kerja-kerja harian, semua pekerja akan bekerja bersama-sama untuk
                         menyelesaikan tugas-tugas di syarikat itu.Ia adalah penting untuk mereka

                         memahami antara satu dengan lain.Jika ini tidak berlaku, salah faham yang

                         berkaitan  dengan  pelaksanaan  tugas,  boleh  membawa  kepada
                         kemalangan.Perkara yang sama juga timbul bagi beberapa senario yang

                         menjurus  kepada  keselamatan,  maka  pentinglah  bahawa  semua  orang
                         memahami  antara  satu  dengan  lain.  Untuk  memastikan  semua  pekerja

                         memahami  arahan  yang  berkaitan,  dan  tanggungjawab  kerja  yang
                         berkaitan dengan tugas mereka, syarikat perlu mewujudkan garis panduan

                         bahasa  kerja  yang  telah  ditetapkan.Bahasa kerja  adalah  penting  supaya

                         komunikasi  daripada  pekerja  ke  peringkat  tertinggi  organisasi,  atau  pun
                         sebaliknya, berjalan dengan lancar.

                    1.4  Di  Malaysia,  amalan  biasa  dalam  organisasi  yang  mengambil  pekerja
                         asing, ialah  Bahasa  Melayu digunakan sebagai bahasa kerja utama  di

                         samping menjadi bahasa rasmi dalam perhubungan komunikasi. Bahasa
                         Inggeris pula menjadi bahasa kedua bagi bahan rujukan, dan digunakan

                         dalam keterangan barangan dari luar negara. Bahasa Inggeris juga sering

                         digunakan sebagai bahasa kerja dalam organisasi asing.


                 2.  Slanga, dialek dan jargon


                         Penggunaan  slanga,  ungkapan  dialek  dan  jargon  di  tempat  kerja  boleh
                         menjadi  penghalang  kepada  komunikasi  dan  boleh  juga  mempengaruhi

                         tanggapan orang terhadap kita.

                    2.1.  Slanga  merujuk  kata-kata  atau  ungkapan  yang  dianggap  sangat  tidak
                         formal.  Slanga  biasanya  digunakan  oleh  orang  dalam  kumpulan  umur

                         tertentu,  atau  dalam  suatu  kumpulan  etnik  atau  budaya,  untuk

                         berkomunikasi sesama sendiri.



                         Penggunaan  slanga  boleh  mendatangkan  kesan  negatif.  Orang  lain
                         mungkin tidak akan memahami apa yang kita ingin sampaikan. Mereka juga

                         mungkin akan terasa terasing, malah mungkin tersinggung perasaan,



                                                                 3
   1   2   3   4   5   6   7   8