Page 5 - CA01 1. GUNAKAN BAHASA KERJA YANG BERSESUAIAN
P. 5

Muka Surat /Page :5
                      No. Kod / Code No.           Z-009-1:2015-M01/P(1/3)
                                                                                          Drp / Of :11


                         Sekiranya  perlu  menggunakan  jargon  ketika  berhadapan  dengan  orang
                         yang  bekerja  dalam  bidang  yang  berlainan,  pastikan  setiap  kata  jargon

                         diterangkan maknanya.



                         Menggunakan jargon apabila tidak perlu, terutamanya ketika berkomunikasi

                         dengan  orang  yang  tidak  mengenali  istilah  yang  digunakan  akan
                         menjejaskan  kejelasan  dan  menyebabkan  ketidaksejajaran  antara  mesej

                         yang  ingin  disampaikan  dan  makna  yang  difahami.  Di  samping  itu,
                         penggunaan jargon boleh dilihat sebagai cara untuk cuba menyembunyikan

                         fakta. Biasanya, orang lebih cenderung mempercayai kesahihan maklumat

                         yang diterangkan dengan ringkas dan jelas.






                                                                           Unity-gain amplifier
                               Impedance buffer

                                                     Binary fission
                                                                       Chemical kinetics

                                      Facultative anaerobe
                                                        Rajah 2 Contoh Jargon



                  3. Bahasa yang sesuai di tempat kerja


                    Bahasa yang anda gunakan di tempat kerja boleh mempengaruhi kejayaan dan

                    imej profesional anda. Penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja juga

                    memberi kesan pada nama baik profesional anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa
                    berhati-hati untuk memastikan penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja.




                 3.1     Sentiasa gunakan bahasa standard dan ikut peraturan bahasanya dalam

                         pertuturan dan penulisan di tempat kerja.Jika tidak fasih berbahasa Inggeris

                         atau bahasa kebangsaan, berusahalah untuk bertutur dengan fasih dengan
                         mencontohi cara golongan profesional bertutur dan menulis di tempat kerja.

                         Melalui cara inilah anda akan dapat menguasai kemahiran berbahasa.


                                                                 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10