Page 9 - CA01 1. GUNAKAN BAHASA KERJA YANG BERSESUAIAN
P. 9

No. Kod / Code No.            Z-009-1:2015-M01/P(1/3)           Muka Surat /Page :9
                                                                                         Drp / Of :11


                  i)  Komunikasi  bukan  lisan  ialah  proses  penyampaian  maklumat  dalam  bentuk

                     mesej tanpa kata-kata. Maklumat ini boleh disampaikan antara lainnya melalui :
                     a) Pergerakan tubuh badan

                     b) Postur (posisi atau kedudukan badan)
                     c) Hubungan mata

                     d) Paralinguistik (nada suara, kenyaringan suara)

                     e) Jarak atau ruang personal
                     f) Ekspresi wajah

                     g) Perubahan fisiologi
                     h) Pakaian dan penampilan diri



                  ii)  Walaupun komunikasi umum yang sering digunakan adalah melalui pertuturan
                     atau penulisan, namun peranan komunikasi bukan lisan tidak boleh dipandang

                     remeh.  Senyuman,  isyarat  dan  pergerakan  badan  tertentu  juga  mampu
                     menyampaikan mesej kepada orang sekeliling.


                  iii)  Isyarat bukan lisan penting kerana cara kita mendengar, serta rupa, pergerakan

                     dan reaksi kita menunjukkan sama ada kita peduli, jujur, dan memberi perhatian

                     atau tidak. Apabila isyarat bukan lisan berpadanan dengan kata-kata yang kita
                     ucapkan, ini akan meningkatkan tahap kepercayaan dan memperbaiki hubungan

                     antara kita dengan pendengar di samping menyampaikan mesej yang jelas. Jika
                     tidak, ini boleh mengakibatkan ketegangan, ketidakpercayaan dan kebingungan.



               Jika ingin menjadi komunikator yang baik, perlu membina kepekaan terhadap bahasa
               gerak-geri dan isyarat bukan lisan diri sendiri dan orang lain.


















                                                            9
   4   5   6   7   8   9   10