Page 87 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 87

Fasa	Ikut	Lajak

             Fasa	ini	memerlukan	murid	untuk	mengawal	keseimbangan	badan	agar
             tidak	melepasi	garisan	lengkung	kawasan	rejaman.




































             •	Langkah	setapak	ke	hadapan	dan	mendarat	dengan	sebelah	kaki	sebaik
               sahaja	lembing	dilepaskan.

             •	Imbangkan	badan	dengan	kaki	bebas.
             •	Rendahkan	badan	untuk	keseimbangan	dan	kestabilan	badan.
             •	Kawal	pergerakan	supaya	tidak	melepasi	garisan	lengkung
               kawasan	rejaman.


                                 Apakah	yang	akan	terjadi	sekiranya
                                 badan	tidak	dikilas	semasa	fasa	rejaman?

                    Info


              Perkara	yang	perlu	dielakkan	semasa	merejam	lembing:
              1.	 Menggenggam	lembing	terlalu	kuat.
              2.	 Larian	tidak	lurus	dan	langkah	larian	tidak	teratur.
              3.	 Lembing	tidak	ditarik	ke	belakang	dengan	sepenuhnya.
              4.	Sudut	rejaman	terlalu	besar	menyebabkan	lembing	direjam	terlalu	tinggi	ke	atas.


                                                                                               79
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92