Page 14 - kertas penerangan pdpr
P. 14
NO KOD/ CODE NO ME-020-2-2012/M04/KP(1/1) Muka: 14 Drp: 29
PENDAWAIAN ELEKTRIK
1. Jenis-jenis litar pendawaian elektrik yang digunakan dalam kerja-kerja pendawaian.
Pada masa ini kita dapati bahawa tenaga elektrik merupakan salah satu dari beberapa jenis
tenaga yang amat penting dan digunakan dengan meluas oleh manusia. Oleh kerana
penggunaan yang amat meluas dan juga bertambah kompleks maka satu teknik bagi
membolehkan litar pendawaian mudah dikenali dan difahami sangat diperlukan bagi
mengatasi jika berlaku sebarang masalah ke atasnya.
Pada mulanya semasa litar pendawaian elektrik tidak sekomplek sekarang satu jenis
pendawaian yang mudah telah diperkenalkan, kemudian apabila penggunaanya telah
bertambah sistemnya menjadi lebih kompleks maka teknik serta jenis litar pendawaian yang
diperlukan juga turut mengalami proses perubahan atau evolusi.
2. Jenis-jenis litar pendawaian yang pernah dan sedang digunakan adalah seperti berikut :
2.1 Litar pendawaian jenis piktorial (pictorial diagram).
Jenis ini merupakan litar pendawaian yang sangat, mudah difahami dan sesuai untuk sistem
pendawaian mudah atau asas. Litar ini bukan sahaja menunjukan dengan jelas kedudukan
pendawaian malah dengan sekali imbas setiap komponennya boleh dikenali dengan mudah kerana
semua bahagian-bahagianya. Ditunjukkan dengan melalui bentuk sebenar atau gambar. Gambar
rajah dibawah menunjukkan satu contoh litar pendawaian asas dan jenis piltorial sebuah peti sejuk
rumah.
Rajah 1

