Page 15 - kertas penerangan pdpr
P. 15
NO KOD/ CODE NO ME-020-2-2012/M04/KP(1/1) Muka: 15 Drp: 29
2.2 Litar pendawaian ( wiring diagram )
Litar (diagram) dari jenis wiring diperlukan apabila pemdawaian ke atas penyejukan atau
penyaman udara bertambah komplek dari pendawaian asas jenis piktorial tidak dapat
menampung keperluan pendawaianya. Jenis wiring telah mula menggunakan simbol-
simbol bagi mengantikan bentuk gambar ke atas semua komponan elektrikal yang
digunakan. Namun jenis ini masih mempunyai had jika keperluanya menjadi lebih
komplek. Ia mengekalkan sedikit sebanyak posisi peralatan yang digunakan mengikut
kedudukan asalnya oleh itu kebanyakan litar jenis wiring didapati ia lebih kepada
menonjolkan larian dawai atau litarnya. Rajah dibawah menunjukan contoh sebuah litar
dan jenis pendawaian (wiring).
Rajah 2
2.3 Litar pendawaian skematik (chematic diagram)
Pendawaian jenis skematik digunakan untuk pendawaian yang lebih komplek dan ia
digunakan secara meluas pada masa ini, terutama kepada kepada sistem penyejukan
komersial. Ini kerana litar pendawaian jenis ini sangat mudah difahami bagi menentukan
jalanan pendawaianya.
Namun pendawaian jenis ini tidak menunjukan sambungan pendawaian yang sebenar
seperti pendawaian jenis wiring dan piktorial. Oleh itu punca setiap pendawaian
kebiasaanya di tandakan bagi membolehkan pemahaman sambungan dan punca
dawainya dpat ditentukan. Gambar rajah dibawah menunjukan pendawaian jenis
skematik sebuah unit peti sejuk rumah.

