Page 17 - kertas penerangan pdpr
P. 17
NO KOD/ CODE NO ME-020-2-2012/M04/KP(1/1) Muka: 17 Drp: 29
4.2 Fungsi kawalan operasi
Fungsi ini diperlukan bagi mengawal operasi unit. Jika keadaan seperti suhu, tekanan,
lembapan dsbnya yang diperlukan telah tercapai maka fungsi kawalan ini akan
mengekalkan keadaanya seperti yang diperlukan, kebiasaanya kawalan yang
dijalankan ialah dengan mematikan dan menghidupkan semula operasi unit, bagi
kawalan yang lebih komplek ia akan menghidupkan atau mengawal peralatan lain yang
diperlukan.
4.3 Fungsi kawalan keselamatan
Fungsi kawalan ini ialah ia mengawal dan menentukan supaya unit tidak akan menjadi rosak lampau jika ia
beroperasi, kebiasaanya kawalan dibuat dengan mematikan sistem lebih awal supaya kerosakan tidak
menjadi lebih serius. Kawalan yang ditumpukan adalah seperti kebakaran letupan, litar pintas dan juga
fizikal.
5 Aplikasi dan fungsi pendawaian
Seperti yang telah di ketahui dengan terciptanya arus elektrik motor telah dapat
membantu perkembangan dalam penyejukan dengan lebih drastik lagi. Pada masa ini
rata-rata fungsi dan aplikasi pendawaian elektrik telah menjadikan sistem penyejukan
amat bergantung kepadanya, tambahan pada masa ini dimana sistem kawalan yang
lebih canggih kerana terdapatnya sistem elektronik yang digabungkan bersama dengan
sistem penyejukan.
Kerosakan kepada operasi sesebuah unit penyejukan sekarang ini 70% daripadanya
adalah berpunca dari litar kawalanya (elektrikal), ini kerana 70% larian sistem
penyejukan merupakan sistem elektrikalnya dan Cuma 30% sahaja mekanikal.
Aplikasi arus elektrik dalam sistem penyejukan adalah untuk kerja-kerja berikut:
5.1 Menjalankan motor pemampat.
5.2 Menjalankan kipas codensor.
5.3 Menjalankan blower untuk evaporator.
5.4 Menjalankan pam air untuk cooling tower.
5.5 Menjalankan kipas untuk cooling tower.
5.6 Menjalankan pam air untuk chiller unit.
5.7 Menjalankan blower untuk air handling unit.
5.8 Menjalankan kerja-kerja pengawalan keatas operasi penyejukan.

