Page 30 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 30
Kod Kertas MPP1013 – C02 Page 30 of 34
Apabila tekanan rendah, suhu cecair bahan pendingin yang masuk ke dalam injap apung bahagian
rendah dan lingkaran penyejat akan turun dan sedia untuk menyerap haba. Sernasa proses penyerapan
haba, cecair refrigerantyang bersuhu rendah akan terpeluwap dan bertukar kepada wap yang bersuhu
rendah dan mengalir masuk ke dalam saluran sedutan untuk proses mampatan di pemampat.
Setelah bahan pendinginterpeluwap, paras cecair akan menjadi rendah dan injap apong akan membuka
ruang kemasukan bagi membenarkan semula cecair bahan pendingindari saluran cecair masuk ke dalam
injap apung bahagian rendah dan juga penyejat.
iv. Injap tangan (hand valve)
Peranti permeteran jenis ini jarang digunakan walaupun kos pemasangannya jauh lebih rendah daripada
peranti permeteran jenis lain. Pada masa kini injap tangan tidak lagi digunakan sebagai peranti
pemeteran dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara kerana injap ini sukar mengawal aliran dan
jumlah bahan pendinginyang perlu digunakan di dalam penyejat.
Pelarasan dengan tangan untuk menentukan jumlah aliran refrigerantdalam penyejat sering
menyebabkan berlakunya bahan pendinginyang berlebihan di dalam penyejat dan memberi kesan
sampingan kepada pemampat.
Sekiranya beban haba tinggi, maka injap perlu dibuka luas dan banyak cecair bahan pendingin akan
masuk. Apabila beban berkurangan, injap perlu dilaraskan untuk mengurangkan bukaan ruang
kemasukan bahan pendingin. Pelarasan injap tangan ini dibuat secara manual.
Pelaras
Batang injap
Nat pelaras
Jarum injap
Cecair Cecair
refrigerant refrigerant
ke penyejat masuk
Injap tangan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

