Page 31 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 31

Kod Kertas                      MPP1013 – C02                            Page 31 of 34


                 Penyejat (evaporator)

                 Penyejat  adalah  salah  satu  komponen  asas  dalam  sistem  penyejukan  dan  penyamanan  udara  yang
                 berfungsi sebagai penyerap haba. Cecair bahan pendingin di dalam penyejat akan berukar kepada wap
                 tekanan  rendah  suhu  rendah  selepas  menyerap  haba.    Dalam  keadaan  tekanan  dan  suhu  rendah
                 penyejat akan menyerap haba yang panas di sekelilingnya. Nama lain bagi penyejat ialah seperti gelung
                 penyejuk, unit penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.

                 Prinsip kerja penyejat.
                 Fungsi atau prinsip kerja penyejat ialah untuk menyerap haba di dalam ruang, kabinet atau tempat yang
                 hendak disejukkan. Refrigerant  dalam keadaan cecair suhu dan tekanan rendah akan berupaya untuk
                 menyerap  haba  beban    yang  panas  ke  lingkaran  penyejat.  Selepas  menyerap  haba  cecair  bahan
                 pendinginyang  dingin  ini  akan  bertukar  bentuk  menjadiwap  dingin  dan  seterusnya  disedut  masuk  ke
                 dalam pemampat untuk dimampatkan.

                 Jenis-jenis penyejat.
                 Jenis-jenis penyejat terbahagi kepada dua kategori iaitu:-
                     i.  Penyejat jenis pengembang kering.
                     ii.  Penyejat jenis banjir.

                 Penyejat jenis pengembang kering.
                 Peranti  permeteran  bagi  penyejat  jenis  ini   Saluran cecair
                 hanya membenarkan cecair bahan pendingin                                    Injap pengembangan
                 yang diperlukan dalam penyejat sahaja yang   Cecair refrigerant
                 menyerap         haba.Cecair       bahan    dari pemeluwap
                 pendinginbertekanan  rendah  dan  suhu
                 rendah  akan  masuk  melalui  satu  hujung   Saluran sedutan                  Gelung penyejat
                 penyejat dan keluar melalui hujung yang lain
                 didalam  lingkaran  yang  sama.100  %  bahan   Cecair refrigerant
                 pendinginyang    meninggalkan   lingkaran        ke pemampat
                                                                                                 Buli perasa
                 penyejat adalah dalam bentuk wap tekanan
                 rendah dan suhu rendah.
                                                                            Penyejat jenis pengembangan kering

                 Kadar  kuantiti  cecair  bahan  pendinginyang  masuk  ke  dalam  penyejat  bergantung  pada  kadar
                 pemeluwapan dan pertambahan atau pengurangan beban haba di penyejat.Jumlah cecair yang masuk
                 ke dalam lingkaran penyejat menjadi kurang apabila beban haba sedikit dan bertambah apabila beban
                 haba meningkat.Kecekapan penyejat adalah tinggi apabila banyak beban haba yang diserap.


                 Penyejat jenis banjir.
                 Binaan  penyejat  jenis  banjir  terdiri  daripada  satu  tangki  atau  akumulator  yang  dipasangkan  diatas
                 lingkaran  penyejat.Cecairbahan  pendingin  akan  sentiasa  membanjiri  keseluruhan  lingkaran  penyejat.
                 Aras cecair didalam lingkaran penyejat dikawal oleh injap apong.Cecair refrigerant dari saluran cecair
                 akan  masuk  ke  dalam  tangki  pusuan  melalui  injap  apong  dan  terus  ke  bahagian  bawah  lingkaran
                 penyejat.Selepas proses penyerapan haba beban penyejukan, cecair yang terpeluwap akan masuk ke
                 dalam  saluran  sedutan  dan  terus  di  sedut  oleh  pemampat.  Percikan  cecair  bahan  pendingin  akan



                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   26   27   28   29   30   31   32   33   34