Page 22 - nota mpp2013
P. 22

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  21
                                                                                    Drpd/of         :  35


                   5.  Jerebu

                       Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas,
                       debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya
                       fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

                   1.  Punca - Punca Jerebu

                       Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
                   a.  Pembakaran Secara Terbuka
                   b.  Asap Dari Kilang
                   c.  Asap Dari Kenderaan

                   2.  Langkah Mengurangkan Masalah Jerebu

                   a.  Hindari  daripada  membakar  bahan  buangan  secara  terbuka.  Kebanyakan
                       kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini
                   b.  Peningkatan  kenderaan  bermotor  di  jalanraya.  Untuk  mengurangkan  jerebu,
                       kenderaan  perlulah  diselenggara  dengan  baik  disamping  memilih  bahan  api
                       yang rendah bahan cemarnya
                   c.  Pembukaan  tanah  secara  meluas  bukan  sahaja  menyebabkan  hakisan  dan
                       penurunan  gred  tanah.  Promosi  ke  arah  penanaman  semula  pokok  dan
                       pengurangan pembukaan tanah boleh mengurangakan jerebu.


                 v.  Penipisan lapisan ozon (Ozone depletion)


                       Konsep Penipisan lapisan Ozon

                    Berlaku  di  ruang  Stratosfera.  Lapisan  ozon  di  lapisan  stratosfera  semakin  nipis
                     atau  berlubang  menyebabkan  sinaran  ultra  ungu  sampai  ke  permukaan  bumi
                     menyebabkan suhu meningkat.
                    Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen  yang membentuk lapisan
                     ozon oleh Kloroflorokarbon (CFC) dan Halon yang juga dibebaskan daripada industri
                     dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon dan
                     membentuk  klorin  monoksida  (GLO).  Ikatan  kovalen  GLO  akan  putus  apabila
                     menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang
                     akan  menyerang  pula  atom  oksigen  yang  lain.  Proses  yang  berterusan  akan
                     menyebabkan  lapisan  ozon  semakin  menipis  dan  seterusnya  meningkatkan
                     kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27