Page 25 - nota mpp2013
P. 25

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  24
                                                                                    Drpd/of         :  35
                    d.  Peperangan yang menggunakan bahan letupan.
                    e.  Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.
                    f.  Penyahutanan  -  Pembalakan  yang  berterusan  menyebabkan  kandungan
                        karbon dioksida yang tinggi dalam udara.
                    g.  Pembakaran hutan.

                   4.  Kesan-kesan

                   a.  Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit, mudah demam, katarak mata,
                       kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas.
                   b.  Menjejaskan  bekalan  air  kepada  penduduk  -  Cuaca  panas  melampau  /  kemarau
                       menyebabkan  sumber-sumber  air  khususnya  sungai,    tasik  dan  empangan  akan
                       terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.
                   c.  Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada
                       manusia dan boleh membawa maut.
                   d.  Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas.
                   e.  Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi
                       petempatan  manusia  akibat  pencairan  ais  benua  yang  terjadi  apabila  suhu  dunia
                       meningkat.

                   5.  Langkah-langkah mengurangkan/mencegah

                   a.  Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
                       Contoh :
                  i.  Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.
                  ii.  Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS.

                   b.  Pengurusan strategik
                       Contoh :
                  i.  Menggunakan tenaga alternatif seperti solar, angin, hidro dan lain-lain.
                  ii.  Mengurangkan ujian tenaga nuklear.
                 iii.  Mengurangkan pembakaran terbuka.
                 iv.  Sektor  pertanian  menggunakan  kaedah  tebang  reput,  guna  baja  organik  dan  teknik
                       kawalan biologi.
                  v.  Melakukan penghutanan semula / perladangan hutan.

                   c. Pendidikan
                       Contoh:
                  i.  Kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.
                  ii.  Pendidikan melalui subjek di sekolah seperti subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan
                       Sivik.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30