Page 26 - nota mpp2013
P. 26

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  25
                                                                                    Drpd/of         :  35
                   6.  Peranan Anda dalam Mencegah Penipisan Ozon

                       Anda mempunyai peranan untuk mencegah penipisan lapisan ozon. Peranan
                       anda  mungkin  kecil  tetapi  bayangkan  jika  semua  manusia  bekerja  bersama-
                       sama,  keputusan  akan  menjadi  luar  biasa.  Setiap  seorang  perlu  mengikuti
                       garis panduan di bawah:

                    i.  Peralatan elektronik mengeluarkan CFC di udara walaupun ia tidak digunakan
                       dan  hanya  dipasang  masuk  (plugged  in).  Oleh  itu,  sentiasa  menanggalkan
                       palam bekalan kuasa (plug) alat elektronik apabila tidak digunakan.
                    ii.  Berjalan  dan  mengelakkan  penggunaan  kenderaan  jika  boleh.  Langkah-
                       langkah mudah seperti menggunakan pengangkutan awam.
                   iii.  Mengutamakan pembelian peralatan cekap tenaga seperti lampu kalimantang,
                       produk-produk ini biasanya dilabelkan sebagai jimat tenaga.
                   iv.  Menanam pokok, walaupun ianya tidak memainkan peranan langsung dalam
                       penipisan lapisan ozon, ia berupaya untuk menyerap sinaran UV yang banyak
                       dan dapat melindungi alam sekitar.
                    v.  Menggantikan  peti  sejuk  lama  anda  dan  penyaman  udara  yang  tidak  cekap
                       tenaga. Ia adalah penyumbang utama CFC di udara.




                iii.  Pemanasan global (Global Warming)



                      Definisi

                             Pemanasan  global  berkaitan  dengan  peningkatan  suhu  dunia.  Suhu
                      bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan
                      kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas
                      berbanding  kawasan  lain.  Perubahan  iklim  biasanya  berlaku  dalam  tempoh
                      10,000  tahun  tetapi  kini  perubahan  iklim  berubah  dalam  tempoh  100  tahun
                      sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

                             Suhu  bumi  meningkat  sejak  tahun-tahun  90an.  Kajian  mendapati  iklim
                      panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan
                      "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya
                      di rantau Artik.  Ahli  sains  meramalkan  keseluruhan  ais laut di Artik  akan  cair
                      pada  musim  panas  2099.  Litupan  ais  Greenland  dan  Antartika  Barat  akan
                      mencair. Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.


                      Faktor pemanasan global

                             Panel  Antara  Kerajaan  tentang  Perubahan  Cuaca  (IPCC)  ditubuhkan
                      pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar
                      Pertubuhan  Bangsa-Bangsa  Bersatu  (PBB).  Kegiatan  terasnya  adalah
                      menyemak  dan  menilai  maklumat  saintifik,  teknikal  dan  sosio-ekonomi  yang
                      terkini.  Saintis  alam  sekitar  telah  ditempatkan  dipelbagai  lokasi  strategik  dan
                      mengumpulkan  laporan  ilkim  dan  cuaca  seluruh  dunia  secara  sistermatik.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31