Page 12 - PERLEMBAGAAN PVTUDM
P. 12

PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
                          d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
                          Pangkalan Udara Subang,
                          P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
                          Tel: 03-7734 5535 (General Line)
                          _______________________________________________________________________________


               (3)     AJK di dalam Mesyuarat boleh membuat, meminda dan membatalkan semua peraturan yang
                       di buat berupa undang undang kecil.


               FASAL 14: LARANGAN

               (1)     Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953
                       adalah dilarang dipremis pertubuhan.
               (2)     Pertubuhan  ini  tidak  boleh  menjalankan  sebarang  kegiatan  loteri  sama  ada  dikhaskan
                       kepada ahli ahli atau atas nama Persatuan.

               (3)     “Faedah” seperti yang di terangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh
                       diberikan oleh Pertubuhan kepada mana mana ahlinya.

               (4)     Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya
                       dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada persatuan bagi mencapai
                       matlamat Persatuan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan
                       atau bonus kepada mana mana ahli Persatuan.

               (5)     Peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan pentadbiran.



               FASAL 15: PENDAFTAR PERTUBUHAN

               (1)     Pendaftar atau Pendaftar Pertubuhan yang di maksudkan di dalam perlembagaan PVTUDM
                       ini  adalah  Ketua  Pengarah  Jabatan  Hal  Ehwal  Veteran  Angkatan  Tentera  Malaysia  seperti
                       yang di peruntukkan di Seksyen 7 Akta Veteran 2012.


               FASAL 16: PEMBUKAAN CAWANGAN/ WAKIL NEGERI

               (1)     PVTUDM boleh membuka Cawangan di seluruh Malaysia atau melantik wakil wakil Negeri
                       dengan persetujuan Jawatankuasa dan kelulusan Pendaftar.


               FASAL 17: PINDAAN PERLEMBAGAAN

               (1)     Tertakluk  kepada  Fasal  8,  Perlembagaan  PVTUDM  ini  tidak  boleh  dipinda  kecuali  dengan
                       keputusan Mesyuarat Agung dan direstui sapenuhnya oleh MMPTU. Sebarang permohonan
                       untuk pindaan perlembagan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam
                       masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan



                                                                                             Page 11 of 14

        Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B,    No. 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
                           Email Secretariat: datoabdullah@sat.com.my / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
   7   8   9   10   11   12   13   14