Page 11 - PERLEMBAGAAN PVTUDM
P. 11

PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
                          d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
                          Pangkalan Udara Subang,
                          P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
                          Tel: 03-7734 5535 (General Line)
                          _______________________________________________________________________________


                       dan  Bendahari  boleh  bersama  sama  meluluskan  perbelanjaan  tidak  lebih  RM  3,000.00
                       (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) .

               (5)     Tahun kewangan Persatuan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan bermula dari 01 hb Julai.


               FASAL 11: JURUAUDIT


               (1)     Seorang  Ahli  yang  bukan  Pegawai  Persatuan  hendaklah  dilantik  dalam  Mesyuarat  Agung
                       Tahunan sebagai Juruaudit dan memegang jawatan selama dua tahun dan ianya boleh di
                       lantik semula.

               (2)     Juruaudit  dikahendaki memeriksa penyata kewangan Persatuan bagi dua tahun. Juruaudit
                       hendaklah  membuat  perakuan  dan  menandatangani  penyata  kewangan  tersebut  untuk
                       pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikahendaki pada bila bila masa oleh
                       Pengerusi  mengaudit  penyata  kewangan  Pertubuhan  di  dalam  tempoh  perkhidmatan
                       mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.



               FASAL 12: PENTADBIRAN HARTA/PEMEGANG AMANAH

               (1)     Segala  harta  tidak  alih  Persatuan  hendaklah  didaftarkan  atas  nama  Persatuan  dan  segala
                       surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini di anggap sah dan berkuatkuasa seolah
                       olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang pemilik berdaftar dengan syarat surat cara itu
                       disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan persatuan pada masa itu yang mana
                       perlantikan  mereka  disahkan  melalui  sijil  perakuan  yang  dikeluarkan  oleh  Pendaftar
                       Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Persatuan.

               (2)     Harta tidak alih Persatuan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau di tukar milik tanpa

                       persetujuan Mesyuarat Agung.


               FASAL 13: UNDANG UNDANG KECIL DAN PERATURAN

               (1)     Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa boleh memberikan
                       tafsiran kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu boleh memutuskan perkara
                       perkara yang kurang jelas didalam Perlembagaan ini.
               (2)     Kecuali  perkara-perkara  yang  bertentangan  atau  tidak  selaras  dengan  dasar  yang  telah
                       dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli ahli adalah
                       muktamad jika tidak di ubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.


                                                                                             Page 10 of 14

        Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B,    No. 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
                           Email Secretariat: datoabdullah@sat.com.my / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
   6   7   8   9   10   11   12   13   14