Page 10 - PERLEMBAGAAN PVTUDM
P. 10
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
(3) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ianya menjalankan semua perintah Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa. Ianya bertanggungjawab mengendalikan urusan surat mesyauarat dan
menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen
kewangan.
(4) Penolong Setiausaha Kehormat I dan II hendaklah menolong Setiausaha Kehormat
menjalankan kerja-kerjanya dan Penolong Setiausaha Kehormat 1 hendaklah memangku
jawatan itu semasa ketiadaannya.
(5) Bendahari Kehormat adalah bertanggung jawab berkenaan semua hal ehwal kewangan
Pertubuhan. Ianya hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketetapan penyata
kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta
kunci kira-kira.
(6) Bendahari Kehormat juga hendaklah membuka sub ledger Akaun Keahlian dan mengawasi
yuran keahlian baru serta mengemaskinikan nya.
(7) Ahli Jawatankuasa Kecil (JKK) bolehlah membantu AJK dalam menjalankan tugas yang
ditentukan oleh AJK .
FASAL 10: KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan peruntukan berikut dalam perlembagaan, wang Persatuan
boleh digunakan untuk perkara perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan tujuan
Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
[2] Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang tidak melebihi daripada RM1,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada sesuatu masa. Wang yang selebihnya hendaklah
dimasukan kedalam akaun bank atas nama Persatuan.
(3) Segala Cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. AJK juga boleh melantik
sesiapa di kalangan mereka sebagai tandatangan timbal untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Persatuan semasa ketiadaan mana mana pendapatan tersebut.
(4) Perbelanjaan melebihi RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) bagi satu satu masa
tidak boleh di bayar dengan tiada kelulusan AJK, dan perbelanjaan melebihi RM 30,000.00
hendaklah memperolehi kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Presiden, Setiausaha
Page 9 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Email Secretariat: datoabdullah@sat.com.my / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257

