Page 7 - PERLEMBAGAAN PVTUDM
P. 7
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira kira Persatuan bagi tahun lalu
yang telah di audit. Salinan dokumen dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca
oleh ahli ahli dialamat tempat urusan Persatuan. Notis dan Agenda mesyuarat yang dihantar
melalui Pos, atau dipamerkan melalui website atau Email Persatuan ini adalah dikira sebagai
sah penyampaiannya. Tanggungjawab untuk membaca Notis dan Agenda Mesyuarat adalah
tanggungjawab semua Ahli ahli.
(5) Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi persatuan ini boleh diadakan didalam keadaan berikut:
(a) Bila di fikirkan mustahak oleh Jawatankuasa,
(b) Atau di atas permintaan ramai secara bertulis, oleh tidak kurang dari satu perlima
(1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi, dengan menerangkan tujuan dan
sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Kehormat Persatuan untuk mengerus Mesyuarat Agung Luar Biasa, yang dipohon,
diadakan pada satu tarikh didalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
(c) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(d) Fasal 7 perenggan 1 dan 2 didalam perlembagaan ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Luar
Biasa, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-
ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan
dari tarikh ini Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan
yang sama tidaklah boleh diadakan.
(e) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Bahagian Dasar, JHEV
ATM satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
dalam tempoh dua (2) bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8: AHLI JAWATANKUASA
(1) MAJLIS MANTAN PANGLIMA TENTERA UDARA
(a) Mantan Mantan PTU perlu mewujudkan satu Majlis yang dipanggil Majlis Mantan
Panglima Tentera Udara (MMPTU) dan salah seorang daripada mereka perlu dilantik
sebagai Pengerusi untuk melaksanakan fungsi dan tugas yang berkaitan.
(b) Sekiranya mana mana Mantan PTU menolak lantikannya maka MMPTU boleh
melantik Mantan PTU berikutnya, mengikut kekanan masing-masing sebagai ganti.
(c) Majlis MMPTU perlu bertindak sebagai penasihat dan penaung bagi persatuan.
(d) Majlis MMPTU boleh melantik calun dikalangan mantan mantan PTU yang ada untuk
lantikan sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan keatas Pemegang Jawatan
Page 6 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Email Secretariat: datoabdullah@sat.com.my / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257

