Page 9 - PERLEMBAGAAN PVTUDM
P. 9

PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
                          d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
                          Pangkalan Udara Subang,
                          P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
                          Tel: 03-7734 5535 (General Line)
                          _______________________________________________________________________________


                       (e)    Presiden  boleh  melantik  ahli-ahli  biasa  sebagai  Ahli  Jawatankuasa  Kecil  (JKK)  bagi
                              tugas tugas tertentu dan dibubarkan bila tugas itu tamat.
                       (f)    Fungsi AJK dan JKK ialah mengelola dan mengaturkan kerja kerja harian Persatuan
                              dan  membuat  keputusan  atas  perkara  perkara  mengenai  perjalanan  Persatuan
                              mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. AJK tidaklah boleh
                              mengambil  tindakan  yang  bertentangan  dengan  keputusan  Mesyuarat  Agung
                              Tahunan. AJK hendaklah mengemukakan laporan terperinchi berkenaan kegiatannya
                              pada tahun sabelumnya kepada tiap tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

                       (g)    AJK  hendaklah  bermesyuarat  sekurang-kurangnya  empat  (4)  kali  dalam  setahun.
                              Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada AJK tujuh (7) hari Notis
                              bagi  tiap  tiap  mesyuarat  itu  terlebih  dahulu.  Pengerusi  dengan  bersendirian  atau
                              tidak  kurang  daripada  empat  orang  ahli  Jawatankuasa  bersama  sama  boleh
                              memanggil supaya diadakan mesyuarat AJK pada bila bila masa. Sekurang kurangnya
                              setengah (1/2) daripada bilangan AJK hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan
                              dan mencukupkan korum mesyuarat.
                       (h)    Jika  seorang  AJK  meninggal  dunia  atau  meletakkan  jawatan,  calon  yang  kedua
                              mendapat  undi  terbanyak  didalam  pemilihan  yang  lalu  hendaklah  dipanggil  untuk
                              memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak
                              jawatan itu, maka AJK boleh melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu
                              sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
                       (i)    AJK  boleh  memberi      arahan  kepada  Setiausaha  dan  pegawai  pegawai  lain  untuk
                              menjalankan  urusan  Pertubuhan  dan  melantik  pengurus  dan  kakitangan  yang  di
                              fikirkan  mustahak.  Ia  boleh  menggantungkan  atau  melucutkan  jawatan  sebarang
                              pengurus  atau  kakitangan  kerana  cuai  didalam  pekerjaan,  curang,  tidak  cekap,
                              engkar menjalankan keputusan AJK atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
                              merosakkan kepentingan Pertubuhan.
                       (j)    AJK  juga  boleh  menubuhkan  Jawatankuasa  Kecil  jika  difikirkan  mustahak  dan
                              memberikan  kewajipan  khas  kepada  sebarang  ahli  jawatankuasa  kecil  yang  di
                              ujudkan.
                       (k)    AJK  yang  lama  hendaklah  menyerahkan  semua  dokumen  Pertubuhan  seperti  Sijil
                              Pendaftaran,  Perlembagaan,  salinan  Penyata  Tahunan,  surat  surat  maklumbalas,
                              buku  buku  akaun,  bukubank,  cek  dan  resit,  geran  geran  tanah,  senarai  asset  dan
                              sebagainya kepada Jawatankuasa yang baru dilantik.


               FASAL 9: KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA

               (1)     Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi bagi semua
                       Mesyuarat  Agung  dan  semua  mesyuarat  AJK  dan  bertanggungjawab  atas  kesempurnaan
                       perjalanan  semua  mesyuarat.  Ianya  mempunyai  undi  pemutus  dan  hendaklah
                       menandatangani minit mesyuarat bila di luluskan.
               (2)     Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.



                                                                                              Page 8 of 14

        Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B,    No. 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
                           Email Secretariat: datoabdullah@sat.com.my / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14