Page 6 - PERLEMBAGAAN PVTUDM
P. 6

PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
                          d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
                          Pangkalan Udara Subang,
                          P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
                          Tel: 03-7734 5535 (General Line)
                          _______________________________________________________________________________


               (4)     GERAN TAHUNAN

                       (a)    PVTUDM  boleh  mendapat  geran  tahunan  dari  sumbangan  Rayuan  Hari  Pahlawan
                              atau dari mana mana tabung yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia.

               (5)     KEGIATAN EKONOMI

                       (a)    PVTUDM  tidak  boleh  menjalankan  sebarang  perniagaan  atas  namanya  sendiri.
                              Walaubagaimana  pun  PVTUDM  boleh  menjalankan  kegiatan  ekonomi  seperti
                              mengujudkan  Koperasi  dan  Syarikat  dari  kalangan  ahli  ahlinya  yang  keuntungan
                              aktiviti ekonomi boleh disalurkan kepada PVTUDM.
                       (b)    Sebarang  bentuk  kegiatan  ekonomi  yang  berkaitan  dengan  nama  PVTUDM

                              hendaklah mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa PVTUDM secara bertulis terlebih
                              dahulu sebelum ia dilaksanakan.


               FASAL 7: MESYUARAT AGUNG

               (1)     Mesyuarat  Agung  adalah  merupakan  forum  resmi  bagi  pengelolaan  Persatuan  ini  dan  ia
                       adalah  Mesyuarat  Agung  bagi  semua  ahli-ahli.  Sekurang-kurangnya  satu  perdua  (1/2)
                       daripada  jumlah  ahli  yang  berhak  mengundi  atau  dua  kali  jumlah  ahli  Jawatankuasa
                       mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan
                       perjalanan mesyuarat dan adalah korum yang cukup untuk mesyuarat.
               (2)     Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
                       mesyuarat,  maka  mesyuarat  itu  hendaklah  ditangguhkan  kepada  suatu  tarikh  (tidak  lebih
                       daripada  30  hari)  yang  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa;  dan  jika  korum  tidak  cukup  juga
                       selepas  setengah  jam  daripada  waktu  yang  telah  ditetapkan  untuk  mesyuarat  yang  telah
                       ditangguhkan  itu,  maka  ahli-ahli  yang  hadir  boleh  menjalankan  mesyuarat  tetapi  tidak
                       mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan persatuan.
               (3)     Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 bulan dari

                       tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
                       oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:

                       (a)    Mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti persatuan yang lalu.
                       (b)    Mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit.
                       (c)    Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
                       (d)    Menguruskan perkara-perkara lain yang di bentangkan dalam mesyuarat itu.

               (4)     Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap tiap ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum
                       Mesyuarat  Agung  Tahunan  diadakan  satu  agenda  mesyuarat  termasuk  salinan  minit

                                                                                              Page 5 of 14

        Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B,    No. 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
                           Email Secretariat: datoabdullah@sat.com.my / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11