Page 69 - Ini-Doaku
P. 69
Al-Hasan al-Basri berkata: “Ilmu ada dua; Ilmu di lisan dan ilmu di
hati. Ilmu di hati adalah ilmu yang bermanfaat, sedangkan ilmu di lisan
adalah hujah Allah SWT atas anak Adam.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi
Syaibah, 13/235)
Manakala maksud rezeki yang baik adalah rezeki yang halal sepertimana
disebut oleh Syeikh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtani. (Lihat Syarh Hisn al-
Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129)
9. Doa ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Muaz bin
Jabal R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ِ
ِ َ
ِ ُ
ٍ
َ
َ
ُ
كِر ْ كذ َ ل َ ع يّ نعأ م ُ هّ للا لوُقَت ة َ ل َ ص ّ ل ُ ك ِربُد ِ ف ن َ عَدَت ل ُ ذاعم اي َ كيصوأ
ُ
ّ
َ ُ َ
ّ
ِ
ِ
َ
َ كتَدابع ِ نس ُ ح َ و كِر ْ ك ُ ش َ و
َ ْ
Maksudnya: “Aku berpesan kepadamu wahai Muaz, janganlah
engkau meninggalkan pada penghujung setiap solat dari membaca:
“Ya Allah bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu,
dan elok dalam beribadah kepada-Mu.”
Riwayat Abu Daud (1552)
Syeikh al-‘Azim Abadi menjelaskan, dalam doa ini kita memohon kepada
Allah SWT agar kita dapat mentaati-Nya melalui lisan, hati dan perbuatan
tubuh badan. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 4/385)
66

