Page 41 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 41
PERAWAT
ilmu-ilmu sebegini tetapi baginda menggalakkan umatnya agar melindungi diri dengan iman
dan pertahanan diri melalui amalan-amalan yang tidak bertentangan dengan syarak.
iv. Menggunakan tangkal, azimat dan barang-barang hikmat
Sesetengah perawat membekalkan pesakit mereka dengan azimat, tangkal atau barang-
barang hikmat sebagai pelindung, pelaris, pengasih dan seumpamanya. Malah, para pesakit
turut dikelirukan oleh para perawat tersebut yang mendakwa barang hikmat tersebut seperti
cincin, minyak kasturi telah dibaca dengan ayat-ayat al-Quran.
v. Memperoleh ilmu daripada sumber dan kaedah yang aneh
Sesetengah perawat mempelajari ilmu daripada sumber yang aneh dan sukar dipercayai
seperti melalui mimpi berjumpa wali, malaikat dan orang-orang yang soleh. Kaedah
mempelajari ilmu sebegini bertentangan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam Islam.
Bidang perubatan merupakan suatu bidang yang memerlukan minat, kesungguhan, penekunan,
disiplin yang tinggi dan aqidah yang mantap. Selain itu, penuntut mesti menghadapi suatu
tempoh masa untuk dibimbing oleh guru. Secara tegasnya, melahirkan seorang perawat
pengubatan Islam adalah sama seperti melahirkan seorang doktor yang pakar dalam perubatan
moden.
Selain itu, seseorang perawat itu dapat dikenalpasti bahawa kaedah rawatannya tidak
mengikut kehendak syariat berdasarkan amalan kebiasaan berikut: 28
i. Menanyakan nama pesakit dan nama ibunya.
ii. Mengambil sesuatu barang kepunyaan pesakit seperti sapu tangan, secebis kain
atau sejenisnya.
iii. Pesakit hendaklah memberitahukan namanya, kampungnya dan masalah yang
sedang dihadapinya. (Untuk tujuan tilikan. Jika untuk rekod, HARUS)
iv. Menuliskan susunan huruf-huruf atau simbol yang tidak beraturan atau
membacanya.
v. Meminta binatang atau sembelihan haiwan untuk dijadikan korban atau
sembahan.
vi. Memberikan sesuatu kepada pesakit agar pesakit menanamnya di dalam tanah
sebagai pendinding.
vii. Memberikan kain kepada pesakit untuk dijadikan sebagai pendinding atau
didakwa kain sebagai penjaga.
viii. Menyuruh pesakit untuk tidak bergaul dengan masyarakat.
ix. Meminta pesakit untuk tidak menyentuh air dengan meletakkan syarat-syarat
yang tidak masuk akal atau bertentangan dengan syariat.
Walaupun pada asalnya sebahagian amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu itu
bertentangan dengan ajaran Islam, namun selepas kehadiran dan penerimaan Islam secara
meluas oleh masyarakat Melayu, aspek-aspek tertentu dalam pengamalan perbomohan itu
telah diubah agar serasi dengan ajaran Islam.
29
41

