Page 38 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 38
BERUBATLAH WAHAI ANAK ADAM
Begitu juga jika seseorang pesakit datang untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan
memakai tangkal atau azimat pada tangan, leher, pinggang dan sebagainya maka hendaklah
disuruh membuang tangkal atau azimat tersebut terlebih dahulu.
Soalan 19:
Bolehkah orang yang bukan beragama Islam melakukan amalan pengubatan Islam?
Jawapan:
Perawat yang melibatkan diri dalam pengubatan Islam mestilah beragama Islam. Ini
adalah kerana:
i. Amalan pengubatan Islam melibatkan aspek kepercayaan yang amat dominan.
Malah pengubatan Islam adalah berasaskan aqidah Islam.
ii. Amalan pengubatan Islam bersumberkan al-Quran dan Hadis yang menuntut
kepada kepercayaan dan keyakinan terhadap kedua-dua sumber ini.
iii. Amalan pengubatan Islam melibatkan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Sewajarnya, perawat berpegang pada aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Kebenaran secara
rasmi kepada aliran selain daripada Ahli Sunnah Waljamaah untuk mengamalkan pengubatan
Islam dibimbangi akan menyebabkan pengiktirafan kepada aqidah tersebut. Namun begitu,
beberapa perkara berikut wajar diberikan perhatian:
i. Sebahagian ulama mengharuskan makmum mengikut imam dalam kalangan
bukan Ahli Sunnah Waljamaah.
ii. Mereka yang bukan Ahli Sunnah Waljamaah tidak wajar disamakan dengan
orang kafir.
iii. Kerajaan Arab Saudi turut membenarkan penganut Syiah untuk melaksanakan
ibadat haji.
Justeru, amalan pengubatan Islam oleh mereka yang beraqidah selain daripada
Ahli Sunnah Waljamaah tidak perlu diberikan penegasan larangan kecuali apabila mereka
menzahirkan amalan yang bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Waljamaah atau
menyebarkan fahaman mereka yang tidak bertepatan dengan aliran Ahli Sunnah Waljamaah
ketika proses rawatan dilakukan.
Soalan 20:
Apakah ciri-ciri perawat yang menepati kehendak Islam dan ciri-ciri perawat yang
bertentangan dengan Islam?
38

