Page 81 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 81
BAHAN RAWATAN
memelihara kesucian al-Quran itu adalah suatu tuntutan, maka larangan penggunaan ayat-
ayat al-Quran sebagai tangkal adalah lebih selamat untuk diambil sebagai sandaran hukum.
Wallahu a’lam.
Soalan 38:
Saya ada mendengar kayu kokka mempunyai 1001 khasiatnya dalam perubatan. Benarkah
dakwaan ini?
Jawapan:
Sesetengah orang meyakini kononnya kayu Kokka dapat menjauhkan seseorang
daripada gangguan syaitan. Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan juga ialah ia
boleh menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu, terdapat kisah-
kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita yang direka-reka bagi melariskan
barang atau mainan yang dibuat daripada kayu itu menerusi cerita-cerita yang tidak dapat
diketahui sumber dan keabsahannya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk
menyesatkan orang beriman dan melalaikan mereka daripada bergantung dan bermohon
kepada Allah SWT selain demi kepentingan hawa nafsu dan sifat tamak semata-mata.
Hakikatnya, dakwaan bahawa bahtera Nabi Nuh AS dan tongkat Nabi Musa AS diperbuat
daripada kayu Kokka adalah tidak benar sama sekali.
Kebanyakan ulama berbeza pendapat mengenai material bahtera Nabi Nuh. Kitab
Taurat menyebutkan bahawa ia diperbuat daripada kayu Pine, manakala penafsir kitab Injil
pula menyatakan ia diperbuat daripada pokok Cyprus. Begitu juga halnya dengan tongkat
Nabi Musa dan Nabi Syu’aib a.s. yang tidak dapat dipastikan secara jelas jenis kayu yang
menjadi tongkat kepada kedua-dua orang nabi berkenaan.
Kalau ternyata kayu Kokka mempunyai khasiatnya, kedudukannya tidak lebih dari
akar Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan seumpamanya dan tidak perlu dikaitkan dengan bahtera
Nabi Nuh a.s dan kemampuan-kemampuan luar biasa, sebagaimana yang digambarkan
40
oleh segelintir orang sekarang. Selain itu juga, terdapat segelintir peniaga-peniaga kayu
dan perawat berkenaan menyandarkan kepada sabda Rasulullah SAW dan kata-kata ulama
mengenai kelebihannya sedangkan ianya adalah tidak berasas malah seharusnya dielakkan
untuk berhujah dengannya namun tidak menafikan khasiatnya.
Soalan 39:
Bapa saudara saya pernah bermimpi menerima barang-barang dari alam ghaib yang
dihantar bagi tujuan merawat penyakit. Apakah pandangan syarak mengenai penggunaan
bahan-bahan rawatan yang diperolehi secara ghaib?
Jawapan:
Terdapat sebahagian perawat muslim mendakwa memperolehi sesuatu berupa bahan
atau peralatan yang diberikan atau dihantar dari alam ghaib oleh jin Islam, wali, Nabi Khidir,
81

