Page 77 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 77
BAHAN RAWATAN
harta dan segala yang berkaitan dengannya. Ketika itu perlu atau diharuskan melakukan yang
haram atau meninggalkan yang wajib atau memperlewatkannya daripada waktunya, demi
untuk menolak kemudaratan daripada dirinya mengikut sangka beratnya (jangkaan berat)
dalam ruang lingkup peraturan-peraturan syarak. 19
Secara dasarnya, hukum-hakam Islam dibahagikan kepada ‘azimah (ketetapan asal) dan
rukhsah (kelonggaran). Hukum yang telah mempunyai ketetapan ialah hukum asal yang telah
ditetapkan oleh Allah dan Rasul seperti keharaman arak dan babi serta kewajipan berpuasa
pada bulan Ramadan. Manakala rukhsah ialah kelonggaran yang boleh diaplikasikan dalam
keadaan tertentu sebagai contoh pada saat kecemasan dan darurat. Justeru itu, setiap muslim
wajib beramal dengan hukum-hakam yang telah ditetapkan (‘azimah) melainkan wujudnya
keadaan yang mengharuskan pengambilan rukhsah. 20
Oleh yang demikian, secara khususnya bagi penggunaan bahan atau peralatan haram
atas sebab darurat ia mempunyai kadar dan sempadannya yang tersendiri. Antara syarat-syarat
perlaksanaan darurat ialah:
i. Darurat itu memang benar-benar berlaku dan bukan hanya sangkaan semata-
mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Sekiranya kekhuatiran
atau keraguan itu didasarkan kepada andaian atau sangkaan, maka andaian
berkenaan hendaklah andaian yang kuat berdasarkan kajian dan pemerhatian. 21
ii. Tiada sebarang pilihan lain yang dibenarkan syarak bagi mengelak kemudaratan
tersebut.
iii. Hendaklah berusaha memilih mudarat yang paling ringan dan tidak terlalu jauh
daripada prinsip-prinsip Islam dari aspek keharamannya.
iv. Melakukan perkara mudarat berkenaan sekadar keperluan sahaja dan bukan
untuk bersedap-sedap atau seronok dalam melakukan atau mengambilnya.
v. Dalam isu ubat-ubatan khususnya, memakan ubat daripada produk haram untuk
menjaga kepentingan nyawa hendaklah disyorkan oleh pengamal perubatan
atau doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai
kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil. Oleh
itu, dalam kitab Fiqh Manhaji menegaskan bahawa ubat yang sebati dengan
bahan yang memabukkan yang tidak lagi dikenali sifat dan ciri-cirinya harus
diambil oleh pesakit dengan nasihat doktor sekiranya tiada ubat lain yang dapat
menggantikannya. Manakala bagi ubat yang tidak sebati dengan bahan yang
memabukkan, tidak harus diambil untuk mengubati penyakit. 22
Soalan 37:
Saya mendapati sesetengah restoran menggunakan tangkal sebagai pelaris. Adakah
pandangan yang mengharuskannya?
Jawapan:
Tangkal diertikan sebagai perkara yang digunakan bagi menolak bala seperti penyakit,
hantu, jin dan lain-lain. Tangkal biasanya dipakai atau digantung pada leher, atau di tangan,
23
77

