Page 22 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 22
TABSOR + ABC ialah kerangka berfikir yang disusun secara sistematik mengandungi pelan
perancangan dalam satu-satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan
lain, TABSOR + ABC ini merupakan satu kaedah atau set aktiviti yang dirancang sama ada
dalam tempoh satu jam pembelajaran atau dirancang secara proses. Murid akan diberi
tugasan atau masalah untuk diselesaikan.
Aktiviti tersebut melalui:
T – Tugasan
A – Aktiviti
B – Bentang
So – Soalan
R- Refleksi
Ketika melalui proses aktiviti tersebut murid-murid akan menggunakan empat alat
berfikir iaitu:
1. Garisan masalah – LAP
2. Strategi Al-Fateh
3. Tiga Serangkai
4. ERA IKRAM
Penggunaan TABSoR+ABC
T- Tugasan
Murid akan diberi tugasan atau pemasalahan untuk diselesaikan. Guru akan memberi
satu rangsangan yang berbentuk soalan, pernyataan, simulasi, gambar, ilustrasi dan
seumpamanya sebagai aras menggunakan aktiviti. Tugasan itu diberikan berdasarkan
kreativiti seseorang guru itu. Walau bagaimanapun, tugasan itu haruslah menjurus
kepada penyelesaian masalah yang akhirnya cuba diselesaikan murid itu pada akhir
pembelajaran. Permasalahan tersebut berupa titik hitam seperti simbol di atas.
A – Aktiviti
Aktiviti pula merupakan satu set prosedur ketika aktiviti di dalam bilik darjah dijalankan
atau melalui satu tempoh yang panjang apabila seseorang guru itu menggunakan
pendekatan proses. Hal ini kerana, aktiviti tersebut melibatkan aktiviti secara
berkumpulan, iaitu memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 dan pembelajaran
17

