Page 21 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 21

Setelah KBKK, Kemahiran Berfikir (KB) pula diberi penekanan dalam proses pengajaran
               dan  pembelajaran  pada  tahun  2003.  KB  berfokuskan  pembelajaran  berfikrah,  iaitu

               mengutamakan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dirancang semasa
               proses pembelajaran dan pengajaran. Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk mencungkil
               minda murid dan mendorong mereka berfikir untuk mengkonsepsi dan menyelesaikan
               masalah.

               Seterusnya, i-Think diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan untuk meningkat dan
               membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid

               yang berinovatif.  Seterusnya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diperkenal dan
               diaplikasikan  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  mulai  tahun  2013  selaras
               dengan  aspirasi  dalam  Pendidikan  abad  ke-21.  KBAT  memberikan  fokus  terhadap
               peningkatan  dan  pembudayaan  kemahiran  berfikir  dalam  kalangan  murid  ke  arah
               menghasilkan  murid  yang  berfikiran  kreatif,  kritis  dan  inovatif.  Pelaksanaan  KBAT
               menekankan  keupayaan  para  murid  dan  pelajar  mengaplikasikan  pengetahuan  dan

               kemahiran  menilai,  membuat  penaakulan,  membuat  refleksi,  menyelesikan  masalah,
               berinovasi dan berupaya mencipta.

               Pelaksanaan KBKK (1995) KB (2003) i-Think (2011) dan KBAT (2013) masih belum dapat
               memperlihatkan  pencapaian  atau  prestasi  yang  memuaskan.  Buktinya,  berdasarkan
               keputusan peperiksaan UPSR 2016 dan keputusan peperiksaan PT3 (2014), mencatatkan
               kemerosotan yang mendadak termasuk sekolah yang ternama. Kemerosotan keputusan

               PT3  dan  UPSR  tersebut  berpunca  daripada  kelemahan  para  murid  menguasai  dan
               mengaplikasi kemahiran berfikir pada aras yang tinggi.

               Bertitik tolak daripada keadaan di atas, satu alternatif baharu dalam mengajar kemahiran
               berfikir dalam kalangan murid perlu dihasilkan. Oleh yang demikian, satu inovasi telah
               terhasil yang dinamakan sebagai Modul Pembelajaran TABSOR + ABC bagi membantu

               murid-murid meningkatkan pemikiran aras yang tertinggi.

               Aspek-aspek penting dalam Inovasi

               TABSOR + ABC terhasil berasaskan empat prinsip dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

               (KBAT) murid rendah. Pertama, memberikan penekanan atau fokus kepada Kemahiran
               Berfikir  Aras  Tinggi.  Kedua,  menekankan  kemahiran  Pembelajaran  Abad  ke-21
               (komunikasi,  kolaborasi,  kreatif  dan  kritis),  ketiga  menekankan  kemahiran  membuat
               keputusan dan menyelesaikan masalah manakala yang keempat pula melahirkan bangsa
               yang berdaya cipta.



                                                           16
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26