Page 20 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 20
Pengenalan
Pembinaan produk ini sesuai dengan visi IPG, Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
dan misi IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program
pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Sehubungan itu, produk yang dihasilkan amat relevan sebagai Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang diperlukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta
membantu Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia meningkatkan taraf
pendidikan Malaysia.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, sangat menekankan
pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan abad ke-21, iaitu
kemahiran berfikir aras tinggi dalam semua disiplin ilmu. KBAT merupakan perkara yang
menjadi keperluan atau keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi
pendidikan seperti yang digarisi dalam PPPM 2013 – 2025. Perkembangan semasa
menunjukkan bahawa perlunya mekanisme baharu untuk menjadikan kemahiran
berfikir yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan menjadi lebih bermakna. Inovasi
yang dicipta diharap menjadi salah satu alternatif kepada guru untuk mencuba pelbagai
kaedah dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang
menjadi aspirasi pendidikan abad ke-21.
Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Programme for International Assesment
(PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan
bahawa Malaysia berada di tangga ke-52 daripada 76 negara pada tahun 2015 dalam
ujian Matematik, Sains, dan Literasi Bahasa.
Keputusan UPSR 2016 dan 2015 pula menunjukkan pencapaian calon yang sangat
rendah dan mengejutkan semua pihak. Calon yang mendapat semua A pada tahun 2015
seramai 38,344 daripada 443,407 (8.65%) manakala pada tahun 2016 hanya 4,896 calon
mendapat A daripada 452,751 (1.1%).
Pengaplikasian terhadap kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam
peperiksaan SPM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah bermula pada tahun 2006
setelah diperkenalkan pada tahun 1995. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar
mengait dan merelevankan perkara yang dipelajari dalam kelas agar pelajar dapat
berfikir secara konvergen, divergen, reflektif, kritis dan kreatif selain dapat menyusun
maklumat, konsep dan idea secara teratur dalam membuat keputusan yang tepat dan
kritis.
15

