Page 42 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 42

1.1  Guru  -guru  dan  kakitangan  sekolah,  sebagai  pegawai  kerajaan  adalah
                              tertakluk kepada peraturan-peraturan didalam Perintah Am Perseketuan.
                        1.2  Guru-guru dan kakitangan sekolah dinasihatkan meneliti, memahami dan
                              mematuhi  serta  dapat  mentafsir  dengan  tepat  isi  kandungan  dokumen-
                              dokumen yang terdapat di dalam buku tersebut, khasnya Bab C dan Bab
                              D dan Arahan perkhidmatan lain.
                        1.3  Sebagai  Pendidik  ,  guru  juga  hendaklah  memahami,  menghayati  dan
                              mempraktikkkan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan matlamat
                              Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
                        1.4  Meletakkkan kepentingan murid-murid dan sekolah melebihi kepentingan
                              peribadi      semasa bertugas.
                        1.5  Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid-murid dan
                              harta benda sekolah.






                              2.1.1  Guru-guru dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya 5 minit
                                     sebelum loceng dibunyikan ( 7.30 pagi )
                              2.1.2  Adalah  bertanggungjawab  guru  untuk  menandatangani  buku
                                     kehadiran  semasa  kehadiran  waktu  datang  dan  waktu  balik  di
                                     pejabat  sekolah  serta  mengambil  perhatian/tindakan  terhadap
                                     semua notis yang dipaparkan untuk perhatian guru.
                              2.1.3  Guru-guru yang terlewat hadir hendaklah berjumpa dengan Guru
                                     Besar apabila tiba di sekolah.


                              2.2.1  Apabila  guru  tidak  hadir  disebabkan  sakit/  urusan  kecemasan,
                                      peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi.
                              2.2.2  Menelefon atau menghubingi pihak sekolah sebelum jam 7.20 pagi
                                      untuk makluman
                              2.2.3  Mengemukakan  sijil  sakit  kepada  Guru  Besar  apabila  datang
                                      bertugas semula.


                              2.3.1  Semua guru diwajibkan hadir bagi majlis-majlis seperti Olahraga
                                      Tahunan,  Hari  Anugerah,  Mesyuarat  Agung  PIBG  dan  juga
                                      perjumpaan  kemajuan  staff.  Guru  hendaklah  menandatangani
                                      waktu  kehadiran.  Guru-guru  yang  tidak  dapat  hadir  hendaklah
                                      menerangkan secara bertulis kepada Guru Besar.




                              3.1     Guru-guru  dan  AKP    tidak  dibenarkan  meninggalkan  kawasan
                                      sekolah dalam waktu sekolah tanpa kebenaran Guru Besar sendiri.





                                                                                       SKSI SMART
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47