Page 47 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 47

18.1    Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa dengan guru dan
                               kakitangan bukan guru tanpa mendapat kebenaran daripada Guru Besar
                               dahulu.Oleh  itu  guru-guru  dan  kakitangan  sekolah  diingatkan  supaya
                               bertanya  kepada  pihak    yang  hendak  berjumpa  itu    samaada  telah
                               mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau tidak.
                        18.2    Orang luar juga dilarang berjumpa dengan guru atau murid di bilik darjah
                               atau semasa guru sedang mengajar.



                        19.1  Semua  surat  rasmi  berkaitan  dengan  hal  sekolah  atau  perjawatan
                               hendaklah melalui Guru Besar supaya surat itu dapat disalurkan kepada
                               pihak-pihak  tertentu.Misalnya  menulis  surat  kepada  institusi  untuk
                               membuat lawatan , atau tujuan menulis surat kepada pegawai-pegawai di
                               Jabatan Pendidikan mengenai perkhidmatan dan sebagainya.




                        20.1   Guru-guru  dan  kakitangan  sekolah  hendaklah  memberitahu  terlebih
                               dahulu sebelum memohon cuti tertentu .Misalnya cuti untuk memasuki
                               peperiksaan kerajaan , cuti melancong ke luar negara , dan lain-lain cuti.
                        20.2   Guru  guru  dan  kakitangan  sekolah  tidak  dibenarkan  bercuti  atau
                               meninggalkan tugas sekolah sebelum permohonan cuti diluluskan.
                        20.3   Sila  semak  melalui  pejabat  sekolah  mengenai  syarat-syarat  memohon
                               sesuatu cuti yang ditetapkan oleh Kementerin Pendidikan.
                        20.4   Guru dinasihati supaya memberitahu Guru Besar apabila hendak pergi
                               keluar daripada negeri Perak sama ada dalam masa cuti sekolah atau
                               masa penggal persekolahan. ( pekeliling Bil 3 dlm J.Pen Pk 40/2/64PI II)
                         20.5  Guru-guru  dan  kakitangan  tidak  digalakkan  mengambil  cuti  tanpa  gaji
                               kerana  urusan  peribadi  kecuali  atas  perkara-perkara  yang  tidak  dapat
                               dielakkan dan tidak menganggu pentadbiran sekolah serta kepentingan
                               murid-murid tidak terkorban.



                            21.1  Guru-guru adalah digalakkan merancang aktviti sekolah seperti lawatan
                               yang  boleh  menambah  pengetahuan  murid  berkaitan  dengan  murid-
                               murid.Walau bagaimana pun perancangan hendaklah dibuat terlebih awal
                               dan tidak lewat daripada 14 hari.
                            21.2  Guru-guru  berkenaan  hendaklah  berbincang  dengan  Guru  Besar
                               /Penolong Kanan sebelum sesuatu lawatan atau ceramah dirancang.
                         21.3  Semua  surat  menyurat  hendaklah  melalui  Guru  Besar.Satu  Salinan
                               hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
                           21.4  Sekiranya melibatkan murid , surat kebenaran ibubapa/ penjaga mestilah
                               diperolehi. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya guru-
                               guru membawa murid-murid tanpa kebenaran ibubapa / penjaga.




                                                                                       SKSI SMART
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52