Page 45 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 45

9.2    Guru-guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas mengikut
                              jadual yang ditetapkan.
                       9.3    Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam tempoh mengajar
                              kecuali dengan arahan Guru besar.
                       9.4    Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan sama sekali semasa PdPC
                              sedang berjalan.




                       10.1  Semua surat arahan atau pekeliling yang diedarkan kepada guru-guru dan
                              AKP hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya dan diambil
                              tindakan. Setelah dibaca,  diambil tindakan dan mestilah ditandatangani.
                       10.2  Semua surat pekeliling atau arahan yang diberikan terus kepada guru-guru
                              dan AKP  hendaklah dibaca dan disimpan  dengan baik. Surat Pekeliling
                              untuk ramai hendaklah dikembalikan ke pejabat.




                       11.1   Surat-surat yang diterima sekiranya perlu diminitkan kepada guru-guru /
                              kakitangan maka surat-surat tersebut hendaklah diambil tindakan dengan
                              segera.
                       11.2  Jika  surat  itu  ditujukan    kepada  guru  /  kakitangan  dengan  dinyatakan
                              melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu bolehlah disimpan sendiri
                              setelah diambil tindakan.
                       11.3  Jika surat itu ditujukan kepada guru besar untuk diambil tindakan oleh guru
                              / Kakitangan kenaan, maka guru / kakitangan itu hendaklah:
                               11.3.1 Mengambil fail yang berkenaan dipejabat
                                11.3.2 Mengambil tindakan sebagaimana yang sepatutnya
                               11.3.3 Memulangkan semula fail tersebut ke pejabat.





                       12.1      Apabila  diarahkan  untuk  melaksanakan  sesuatu  tugas,  misalnya
                                 mewakili sekolah untuk membawa murid bermain atau lain-lain tugas
                                 itu hendaklah dilaksanakan  sendiri.Tidak boleh pihak yang ditugaskan
                                 mengarahkan  orang  lain  melaksanakan  tanpa  pengetahuan  /
                                 kebenaran Guru besar.
                       12.2      Sekiranya  sesuatu  tugas  itu  terpaksa  diserahkan  kepada  orang  lain
                                 kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh
                                 pihak  yang  mengantikannya,  haruslah  diberitahu  terlebih  dahulu
                                 secara bertulis.
                       12.3      Tugas  yang  sepatutnya  dilaksanakan  oleh  guru  sendiri  tidak  boleh
                                 diserahkan  kepada  murid-murid,  misalnya  mengawas  kegiatan  ko-
                                 kurikulum, mengisi kedatangan murid dalam buku jadual kedatangan ,
                                 memegang kunci sekolah dan sebagainya.







                                                                                       SKSI SMART
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50