Page 44 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 44

6.2    Memakai selipar atau baju T tidak dibenarkan. Guru-guru Pendidikan
                              Jasmani hendaklah mematuhi arahan-arahan khas tentang pakaian untuk
                              Pendidikan Jasmani (SPI Bil 11/68 )
                       6.3    Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan blazer pada perhimpunan
                              hari  Isnin  manakala  guru  perempuan  juga  digalakkan  untuk  memakai
                              blazer.
                       6.4    Rambut guru lelaki hendaklah sentiasa pendek dan kemas.
                       6.5    Guru  -guru  wanita  hendaklah  sentiasa  mengekalkan  satu  standard
                              berpakaian yang kemas serta sesuai dengan keadaan sekolah.
                       6.6    Semua guru dan kakitangan diwajibkan memakai tanda nama pada hari -
                              hari persekolahan dan ketika majlis rasmi di dalam / diluar sekolah.






                       7.1    Rekod  Pengajaran  dan  Pembelajaran  hendaklah  disediakan  dengan
                              teratur serta sentiasa dalam keadaan kemaskini.
                       7.2    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran haruslah diurus dengan sempurna
                              dan  dapat  dikemukakan  dengan  serta  merta  apabila  dikehendaki  oleh
                              pihak yang diberi kuasa.
                       7.3    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah disediakan secara atas
                              talian menggunakan pelantar CIDS.
                       7.4    Rekod  Pengajaran  dan  Pembelajaran  perlu  disertakan  sekali  dengan
                              bahan-bahan berkaitan seperti :-
                              a) Jadual waktu peribadi/kelas
                              b) Rancangan Pengajaran Tahunan
                       7.5    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran perlu dihantar pada hari-hari yang
                              ditetapkan  setiap  minggu  untuk  pemantauan  (selewat-lewatnya  pada
                              setiap hari Ahad jam 11.59 malam).




                       8.1    Masa mengajar yang diperuntukkkan hendaklah digunakan sepenuhnya
                              dalam pelbagai aktiviti murid kearah pencapaian objektif pelajaran.
                       8.2    Perhatian  hendaklah  diberi  pada  hasil  kerja  murid.  Dengan  itu  guru
                              hendaklah memberi latihan untuk dibuat di dalam kelas dan juga dirumah.
                              Kerja-kerja ini hendaklah diperiksa dan maklumbalas disampaikan kepada
                              pelajar dengan secepat mungkin.
                       8.3    Amalan  yang  kurang  berkesan  seperti  mengajar  sambil  duduk  tidak
                              digalakkkan kecuali kes-kes tertentu.
                       8.4    Tugas guru ganti ( Relief )
                              8.4.1  Guru  Ganti  hendaklah  mengajar  atau  melibatkan  murid  dalam
                                     aktiviti yang mendatangkan faedah kepada mereka.





                       9.1    Semua  guru  hendaklah  memberi  keutamaan  pada  waktu  mengajar
                              dengan mematuhi jadual waktu sepenhnya.



                                                                                       SKSI SMART
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49