Page 46 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 46

13.1    Guru-  guru  dan  kakitangan  bertanggungjawab  terhadap  alat-alat  harta
                              benda sekolah dan menggunakan dengan betul dan mengikut peraturan-
                              peraturan tertentu.
                       13.2  Mendapatkan  kebenaran  daripada  pihak  yang  bertanggungjawab
                              menjaganya dan semua pinjaman/ penggunaan mestilah direkodkan.
                       13.3   Barang-barang  yang  dipinjam  mestilah  dipulangkan  dengan  segera
                              setelah digunakan.
                       13.4   Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah direkodkan segera.
                       13.5  Segala pinjaman haruslah untuk kegunaan dalam sekolah sahaja.






                       14.1    Telefon  sekolah  hanya  digunakan  untuk  urusan  pentadbiran  sekolah
                              sahaja.Adalah tidak digalakkkan / dibenarkan bagi kegunaan peribadi.
                       14.2    Begitu  juga  guru-guru  /kakitangan  tidak  menerima  panggilan  dari  luar
                              kecuali atasurusan rasmi dan kecemasan.
                       14.3   Sebarang penggunaan telefon sekolah hendaklah direkodkan ke dalam
                              “Buku Penggunaan Telefon sekolah “





                       15.1   Semua kunci bilik khas wajib disimpan di pejabat sekolah.
                       15.2  Guru-guru  dan  kakitangan  yang  memerlukan  sebarang  kunci  dari
                             pejabat,hendaklah berurusan dengan pembantu tadbir.
                       15.3    Menandatangani  buku  daftar  pengambilan  kunci  ketika  mengambil  dan
                             memulangkan.
                       15.4   Guru-guru dan kakitangan yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu
                             hendaklah memohon secara bertulis dan kebenaran Guru Besar terlebih
                             dahulu serta bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.




                        16.1    Semua  guru  dan  kakitangan  yang mengajar dan  bekerja di sekolah  ini
                               secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.



                        17.1   Semua  guru  adalah  bertanggungjawab  menjaga  susunan,  kebersihan
                                dan keselamatan harta benda Bilik Guru pada setiap masa.
                        17.2    Guru-guru  hendaklah  berada  di  bilik  guru  semasa  tidak  mengajar  di
                                kelas.  Masa  ini  dianggap  sebagai  “  non  Teaching  Period  “  guru
                                hendaklan  menggunakan  masa  tersebut  untuk  perkara-perkara  yang
                                berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
                        17.3    Kelab  guru  adalah  dipertanggungjawabkan  mengurus  hal-hal  di  bilik
                                guru.



                                                                                       SKSI SMART
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51