Page 140 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 140

DASAR KOKURIKULUM
                                         SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENJALARA

             1.    DEFINISI KOKURIKULUM

                    Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran
                    dan pembelajaran   dalam bilik darjah yang memberi peluang murid  untuk menambah, mengukuh
                    dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Rujuk Peraturan
                    2  dalam  Peraturan-Peraturan  Pendidikan  (  Kurikulum  Kebangsaan  )  1997.  Seperti  dalam  Warta
                    (Kurikulum Kebangsaan ) 1997. Seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97.  Pelaksanaan aktiviti
                    kokurikulum di semua sekolah adalah wajib berdasarkan Seksyen 18  Akta Pendidikan 1996 (Akta
                    550)

             2.    PENGLIBATAN DAN KEHADIRAN
                      2.1:    GURU
                              2.1.1   Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana
                              kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah.

                             2.1.2   Setiap guru wajib menganggotai semua unit dalam bidang kokurikulum:
                                     i)     Unit Beruniform
                                     ii)    Persatuan/ kelab
                                     iii)   Sukan dan permainan

                              2.1.3    Kehadiran guru adalah wajib.
                                     Sesi petang    : 9.00 pagi – 10.00 pagi ( perjumpaan ‘online’)
                                                      9.00 pagi - 12.00 tengah hari ( bersemuka )
                                     Sesi pagi      : 3.30 petang – 4.30 petang ( perjumpaan ‘online’)
                                                      1.30 petang- 4.30 petang ( bersemuka )

                                     Untuk mendapatkan pelepasan bertugas, guru-guru dikehendaki
                                     memaklumkan dan mendapatkan kebenaran pengetua .

                              2.1.4   Setiap guru bertanggungjawab memastikan aktiviti kokurikulum yang dipimpin
                                     bergerak aktif mengikut perancangan yang telah disediakan.

                              2.1.5   Setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang mesti mematuhi Standard Operating
                                     Procedure (SOP) sepenuhnya.

                             2.1.6  Setiap guru bertanggungjawab atas keselamatan murid dan sentiasa berada bersama
                                    murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.

                              2.1.7   Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan.


                              2.1.8   Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerak kerja kokurikulum  dengan jelas
                                     supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.


                              2.1.9   Setiap guru perlu menyediakan kertas kerja bagi setiap perbelanjaan yang berkaitan
                                     dengan aktiviti kokurikulum serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang
                                     ditetapkan.


                             2.1.10  Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua
                                    guru.



                                                                                                             109
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145