Page 142 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 142

3.4.   Pencapaian  untuk  pertandingan  peringkat  sekolah  akan  diambilkira  hingga  tempat  yang
                             kelima.
                      3.5.   Guru  Penasihat  perlu  menggalakkan  murid  untuk  menjadi  peserta,  jawatankuasa  atau
                             penyokong untuk pertandingan di peringkat zon hingga  antarabangsa.
                      3.6.   Kelab persatuan dan pasukan badan beruniform  juga perlu mengadakan  aktiviti khidmat
                             masyarakat.
                      3.7.   Setiap  unit  kokurikulum  wajib  mengadakan  aktiviti  pertandingan  secara  individu  dan
                             berkumpulan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun .


             4.    MARKAH KOKURIKULUM
                      4.1.     Markah Kokurikulum akan dikira mengikut sistem pemarkahan PAJSK yang telah ditetapkan
                              oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
                      4.2.   Markah kehadiran  juga akan diberi kepada murid untuk aktiviti-aktiviti tersebut
                             ●    Pendaftaran persatuan/kelab , rumah sukan dan badan Beruniform
                             ●    Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab , Rumah Sukan dan badan Berunifom
                             ●    Gotong Royong /Khidmat Masyarakat
                             ●    Karnival Permainan/ Hari Sukan Negara
                             ●    Hari Kokurikulum
                             ●    Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
                             ●    Program-program anjuran Unit Kokurikulum
                             ●    Program anjuran KPM
                             ●    Program-program anjuran agensi luar


             5.    AKTIVITI
                      5.1     Aktiviti  yang dirancang  hendaklah:
                             5.1.1.  Meningkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap
                                    positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
                             5.1.2.  Memberi kesempatan kepada murid-murid memperoleh pengetahuan, pengalaman,
                                    kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari.
                             5.1.3.  Sebagai persediaan masa depan untuk murid-murid melibatkan diri dalam kegiatan
                                    kemasyarakatan.
                             5.1.4.  Membantu  mewujudkan  masyarakat  yang  berilmu  pengetahuan, berakhlak  mulia,
                                    bertanggungjawab  dan  berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri  serta  memberi
                                    sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara.
                             5.1.5.  Untuk  membolehkan  lebih  ramai  lagi  bilangan  peserta  sekolah  mewakili  daerah,
                                    negeri dan negara dalam gerak kerja kokurikulum.
                             5.1.6.  Menjadikan murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam
                                    sebarang tugas.
                             5.1.7.  Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid
                                    dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul.
                             5.1.8.  Memupuk perpaduan dan kerjasama dalam kalangan murid.
                      5.2     Jenis aktiviti hendaklah menarik meliputi:
                             ●      Projek Inovasi dan Kreativiti
                             ●      Khidmat Masyarakat / Kerja Amal
                             ●      Projek Keusahawanan
                             ●      Lawatan
                             ●      Karnival Permainan antara rumah sukan.
                             ●      Arahan kawad setiap perhimpunan pada hari Rabu






                                                                                                             111
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147