Page 141 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 141
2.1.11 Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri kursus berkaitan kegiatan kokurikulum,
permainan atau pengadilan dan pelaksanaan kokurikulum WAJIB hadir dan perlu
mengadakan kursus dalaman / penataran ilmu.
2.2 MURID
2.2.1 Melibatkan penyertaan dan menganggotai kegiatan kokurikulum mengikut bakat,
kebolehan dan minat pilihan mereka dalam bidang:
i. Badan Beruniform
ii. Persatuan / Kelab dan
iii. Sukan dan Permainan
2.2.2 Murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid yang
mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti
permainan sahaja. Walau bagaimanapun, murid diwajibkan hadir untuk mendapat
markah kehadiran.
Hari : Rabu ( setiap minggu )
Sesi petang : 9.00 pagi – 10.00 pagi ( perjumpaan ‘online’)
9.30 pagi - 12.30 tengah hari ( bersemuka )
Sesi pagi : 3.30 petang – 4.30 petang ( perjumpaan ‘online’)
1.30 petang- 4.30 petang ( bersemuka )
2.2.3 Kehadiran murid adalah wajib.
● 12 kali setahun dalam persatuan/ kelab
● 12 kali setahun dalam permainan
● 12 kali setahun dalam badan beruniform
Bil Kesalahan Tindakan Catatan
1 Tidak Mendaftar Surat Amaran
2 Ponteng 2 kali perjumpaan Surat Amaran 1 Unit Kokurikulum
3 Ponteng 4 kali perjumpaan Surat Amaran 2
4 Ponteng 6 kali perjumpaan Dirotan Unit HEM
2.2.4 Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan.
2.2.5 Setiap murid perlu bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
2.2.6 Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat
kebenaran ibu bapa / penjaga murid dan pihak sekolah. (mengikut SOP yang
ditetapkan)
2.2.7 Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja
ketika menjalankan aktiviti kokurikulum.
2.2.8 Perjumpaan akan diadakan mengikut takwim yang telah disediakan.
3. PENCAPAIAN KOKURIKULUM
3.1. Setiap aktiviti yang dirancang perlu memberi manfaat kepada murid
3.2. Kelab persatuan perlu mengadakan aktiviti yang mengukuhkan Pdp di dalam kelas.
3.3. Aktiviti yang dirancang hendaklah dapat membantu murid memperoleh pencapaian sekurang-
kurangnya di peringkat sekolah.
110

