Page 144 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 144
9. BIDANG TUGAS UNIT KOKURIKULUM
9.1 Jawatankuasa Induk
9.1.1 : Pengerusi & Naib Pengerusi
● Menetapkan dasar kokurikulum sekolah.
● Menyediakan perancangan strategik kokurikulum.
● Memantau dan menilai pelaksanaan kokurikulum.
● Melantik jawatankuasa pelaksana kokurikulum.
9.1.2 : Setiausaha Kokurikulum & Penolong Setiausaha
● Mencatat minit mesyuarat jawatankuasa kokurikulum.
● Membantu PK Kokurikulum dalam pengurusan aktiviti kokurikulum.
● Menyampaikan taklimat kepada murid.
● Mengurus data-data kokurikulum (kehadiran, penglibatan dan pencapaian)
● Mengurus evidens SKPMg2.
● Memantau kemasukan markah PAJSK
9.2 Ahli Jawatankuasa Unit Kokurikulum
9.2.1 : Penyelaras Unit
(Badan Beruniform, Perastuan/Kelab & Permainan/Sukan)
● Membantu PK Kokurikulum mengurus perjalanan aktiviti .
● Memberi taklimat serta menyampaikan maklumat kepada guru penasihat/murid
● Memastikan aktiviti dilaksanakan dengan lancar dengan memastikan disiplin dan
keselamatan murid terkawal serta keberadaan guru penasihat
● Mengumpul laporan dan evidens SKPMg2 kokurikulum.
● Memastikan papan kenyataan dikemaskini, berinformasi dan ceria.
● Melaporkan hasil pemantauan dalam mesyuarat pada bulan Mac, Julai dan September
● Mengumpul dan mendokumentasi bahan evidens SKPMg2.
9.2.2: Setiausaha Sukan
● Mengurus agihan rumah sukan.
● Menyelia dan memantau aktiviti kelab/permainan.
● Mengurus latihan rumah sukan
● Mengurus kejohanan merentas desa, sukantara dan sukan tahunan.
● Mengurus Karnival Permainan.
● Mengurus Kem Sukan.
● Mengurus wakil sekolah ke MSSKL.
● Merancang dan mengurus aktiviti kemahiran dan pemantapan sukan/Permainan
9.2.3: Penyelaras PAJSK
● Menyampaikan maklumat kepada murid
● Mengurus borang dan data PAJSK.
● Memantau dan membimbing proses pengisian markah.
● Menyelaras kemasukan data PAJSK.
● Mengurus penyediaan sijil dan pelaporan.
113

