Page 143 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 143
6. LAPORAN AKTIVITI (SETIAUSAHA / PENOLONG SETIAUSAHA)
6.1. Laporan aktiviti persatuan , kelab, badan beruniform perlu disediakan oleh Setiausaha Unit
dan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum/ Setiausaha Kokurikulum selewat-
lewatnya dua hari selepas aktiviti dijalankan untuk semakan.
6.2. Laporan perlu dibuat mengikut format yang telah disediakan dalam helaian Laporan Aktiviti
Kokurikulum yang telah dirangka mengikut keperluan SKPMg2 dan Instrumen Pemantauan
Kokurikulum
6.3. Menyediakan laporan aktiviti untuk majalah sekolah.
6.4. Maklumat dan data perlu dianalisa dan dilaporkan dalam Borang Keberkesanan (Post Mortem)
aktiviti kokurikulum pada pertengahan dan akhir tahun.
6.5. Tindakan susulan perlu diambil sebagai langkah penambahbaikan.
7. FAIL PERSATUAN, KELAB DAN BADAN BERUNIFORM
7.1 Fail persatuan perlu dilengkapkan dengan bahan-bahan berikut dan diletak
di bilik Penolong Kanan Kokurikulum :
● Perlembagaan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform
● Surat permohonan penubuhan dan kelulusan penubuhan
● Surat pelantikan guru penasihat
● Surat kebenaran memungut derma dan kelulusan memungut derma
● Senarai Ahli
● Senarai Ahli Jawatan Kuasa
● Minit Mesyuarat Agung
● Pelan Strategik
● Pelan Tindakan ( Tahun Semasa)
● Pelan Operasi/Kertas Kerja Program
● Laporan Tahunan
● Markah pencapaian ahli
● Belanjawan Tahunan
8. ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
8.1 Sebagai galakan kepada semua warga sekolah agar aktif dalam aktiviti kokurikulum
penghargaan diberikan kepada:
● Kelab / Persatuan / Badan Beruniform / Sukan / Permainan yang mencapai
kejayaan cemerlang di peringkat zon hingga antarabangsa.
● Peratus kehadiran/penglibatan ahli tertinggi
● Projek inovasi/kreativi/keusahawanan yang terbaik
● Pengurusan Fail Kokurikulum Cemerlang
● Papan Kenyataan Terbaik
● AJK Persatuan/Badan Beruniform/Kelab Cemerlang
● Guru Penasihat Cemerlang.
● Guru Pembimbing Terbaik.
● Kelab Persatuan Terbaik.
● Pasukan Badan Beruniform Terbaik.
● Kelab Permainan Terbaik
● Unit Kokurikulum Terbaik Keseluruhan
● Tokoh Kepimpinan Guru.
● Tokoh Kokurikulum/ Kokurikulum
● Ikon Sukan Permainan
● Pengendalian Perhimpunan Terbaik.
● Pasukan Badan Beruniform Paling Berdisiplin/ Kemas
● Taman Transformasi Terbaik
112

