Page 14 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 14
e. menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
f. mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara)
g. menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
h. menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
i. perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
3. ‘Ahli keluarga’ bermaksud suami atau isteri dan anak-anak pegawai. ‘Sanak saudara rapat’ bermaksud
ibu bapa kandung, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah disisi undang-undang,
ibu dan bapa saudara, adik beradik pegawai serta datuk dan nenek kepada pegawai dan suami/isteri
pegawai
4. Baki cuti tidak boleh dibawa ke hadapan tetapi boleh dihimpun untuk faedah “Ganjaran Wang Tunai
/ Golden Handshake’ selepas bersara.
SIJIL SAKIT
1. Jika seseorang guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab kesihatan, guru
berkenaan hendaklah memberitahu pengetua sebelum sekolah bermula atau selewat-lewatnya
sebelum waktu pertama belajar pada hari tersebut.
2. Sijil sakit yang dikemukakan hendaklah mengikut PERINTAH AM BAB C para 15.
“Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu bila seseorang
pegawai itu disahkan oleh seorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F)
atau oleh seorang Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.
Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalam Perintah Am (xi). Ketua
Jabatan boleh menerima mengikut budi bicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh
seorang doktor swasta tanpa sokongan seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti
tidak melebihi DUA hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang diberi Ketua Jabatan atau
sijil-sijil demikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun”
3. Sijil-sijil sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada pengetua
4. Semua perkara yang berkaitan dengan cuti sakit adalah tertakluk kepada PERINTAH AM BAB C
Perkara (iii) Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan.
5. Cuti sakit swasta tidak boleh melebihi 15 hari, sekiranya melebih hendaklah disahkan oleh doktor
daripada Hospital Kerajaan dengan segera dalam tempoh 7 hari.
CUTI URUSAN SENDIRI TANPA GAJI
1. Permohonan cuti urusan sendiri tanpa gaji tidak digalakkan kecuali sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan sesuai dan tidak menganggu pentadbiran sekolah dan kepentingan murid tidak terkorban.
10

