Page 13 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 13

WAKTU HADIR BERTUGAS


            1.  Hari Isnin hingga Jumaat.
            2.  Masa “Punch in”  sebelum  atau tidak lewat pada 7.20 pagi dan berada di sekolah  sehingga 2.00
               petang setiap hari bagi guru sesi pagi.
            3.  Masa “Punch in” sebelum  atau tidak lewat pada 12.20 tengah hari dan berada di sekolah sehingga
               6.55 petang setiap hari bagi guru sesi petang.
            4.  Guru Bertugas Mingguan perlu berada di sekolah 20 minit lebih awal daripada masa “Punch in” setiap
               hari.
            5.  Guru  boleh  dipanggil  bertugas  pada  bila-bila  masa  diperlukan  (mengikut  pekeliling  terkini  yang
               berkuatkuasa).
            6.  Masa bekerja bagi staf berdasarkan waktu kerja anjal yang telah dipersetujui.


        KEDATANGAN


            1.  Sila “punch card” dan menandatangani sendiri kedatangan dalam Buku Kedatangan Khas semasa
               hadir dan balik / pulang.
            2.  Kegagalan  menanda  kedatangan  dianggap  guru-guru  /  staf  sokongan  tidak  bertugas  pada  hari
               tersebut.
            3.  Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberitahu kepada pengetua /
               Penolong Kanan Pentadbiran dengan kenyataan dan sebab yang wajar dengan SEGERA.
            4.  Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan
               dengan kebenaran pengetua.




        CUTI : PERINTAH AM BAB C


            1.  Cuti bukan satu hak tetapi merupakan satu keistimewaan / kemudahan.
            2.  Kuasa melulus cuti ialah  Ketua Jabatan atau kuasa-kuasa lain yang ditentukan.



        CUTI REHAT KHAS



            1.  Pada  masa  ini,  pelaksanaan  Cuti  Rehat  Khas  kepada  Pegawai  Perkhidmatan  Pendidikan
               diperuntukkan  di  bawah  Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  3  Tahun  2005  dan  Surat
               JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015.
            2.  Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata terhad kepada
               10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut:
               a.  menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
               b.  mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
               c.  menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
               d.  dalam  keadaan  kecemasan  atau  kemalangan  yang  menimpa  seperti  kebakaran,      banjir  dan
                   sebagainya;


                                                                                                                9
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18