Page 43 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 43
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI 35
KELUARGA BEBAS DADAH
PROGRAM Family On Alert
MATLAMAT Memastikan Program kekeluargaan dilaksanakan kepada keluarga
yang berisiko supaya dapat menangani masalah dadah dengan lebih
berkesan.
OBJEKTIF i. Peserta mendapat kesedaran dan pengetahuan berkenaan
kesan dadah terhadap kesihatan;
ii. Peserta mendapat pengetahuan kemahiran serta panduan cara
gaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan pengurusan
tekanan;
KUMPULAN i. Menetap di kawasan berisiko (kadar jenayah tinggi, masalah
SASAR sosial, jumlah penagih yang tinggi);
ii. Berasal daripada keluarga bercerai-berai;
iii. Ahli keluarga merupakan penagih dadah;
iv. Ibu-bapa tunggal;
v. Keluarga kes-kes Seksyen 15(1)
IMPAK i. Keluarga mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap
PROGRAM kesihatan;
ii. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran di
kalangan keluarga tentang bahaya dadah;
iii. Masyarakat dapat mengamalkan dan meneruskan gaya hidup
sihat tanpa dadah;
iv. Bilangan keluarga berisiko terhadap penyalahgunaan dadah
dapat dikurangkan;
v. Keluarga atau penjaga akan mendapat maklumat bagi
memastikan anak-anak berada di dalam program sihat tanpa
dadah;
vi. Keluarga dapat diberikan panduan bagi memastikan ahli
keluarga bebas daripada dadah; dan
vii. Anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah akan mendapat
alternatif program sihat tanpa dadah seterusnya mempraktikkan
gaya hidup sihat.

