Page 44 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 44
36 MAKLUMAT DADAH 2017
INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH
PROGRAM PINTAR 2.0 (Program Intelek Asuhan Rohani)
TUJUAN Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan
mengupayakan ketahanan diri murid sekolah rendah tahap 2
(lingkungan umur 10 hingga 12 tahun) yang dikenalpasti berisiko
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
MATLAMAT i. Melindungi murid daripada terlibat dengan penggunaan dan
penyalahgunaan dadah;
ii. Menangguhkan proses penagihan dalam kalangan murid yang
dikesan/dikenalpasti mula terlibat;
iii. Melakukan intervensi terhadap murid yang terlibat agar bebas
daripada dadah.
OBJEKTIF i. Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kesan dan
bahaya penyalahgunaan bahan;
ii. Membina kemahiran - kemahiran hidup (Life Skills) dan resilien
agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan;
iii. Murid dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari.
PELAKSANAAN Dilaksanakan dalam bentuk Kem (4 hari 3 malam)
Melibatkan seramai 50 orang pelajar yang telah dikenalpasti berisiko
di setiap daerah

