Page 45 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 45
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI 37
INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH
IMPAK i. Pengesanan awal murid yang bermasalah dan berisiko.
PELAKSANAAN ii. Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya
penyalahgunaan dadah ditingkatkan.
iii. Kemahiran hidup seperti kemahiran asertif, coping skills,
kemahiran menangani tekanan dan sebagainya ditingkatkan.
iv. Pengukuhan sikap positif dan gaya hidup yang sihat.
v. Penglibatan dan keupayaan keluarga dalam membimbing
anak-anak mereka mengatasi masalah berkaitan dadah dapat
ditingkatkan.
INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH
PROGRAM SHIELDS (Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya)
TUJUAN Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan
mengupayakan ketahanan diri murid (lingkungan umur 13 hingga 18
tahun) yang dikenalpasti berisiko dalam penyalahgunaan dadah.
MATLAMAT i. Untuk membendung murid yang mempunyai masalah dadah
daripada terus terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
ii. Bagi memastikan murid yang berisiko tidak terlibat dengan
masalah penyalahgunaan dadah.
OBJEKTIF i. Mengenal pasti murid yang terlibat dalam penyalahgunaan
dadah;
ii. Melaksanakan intervensi kepada pelajar yang terlibat dalam
penyalahgunaan dadah;
iii. Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya
dadah dan kesannya;
iv. Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya
hidup sihat;
v. Memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah & keluarga
dalam membimbing murid mereka mengatasi masalah berkaitan
dadah.

