Page 47 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 47

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI  39



         INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH
         PROGRAM        TOMORROWS LEADERS

         TUJUAN         Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan
                        warga IPT mengenai bahaya dadah dan kepentingan usaha
                        pencegahan  agar  mereka  mengambil  tanggungjawab  dan
                        mengupayakan diri dalam konteks pencegahan dadah.

         MATLAMAT       Untuk memastikan pelajar dan warga IPT mempunyai pengetahuan,
                        kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah
                        agar mewujudkan Kampus Bebas Dadah.

         OBJEKTIF       i.   Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran
                           tentang pendidikan pencegahan dadah;
                        ii.   Membantu pelajar yang terlibat agar bebas dari dadah dengan
                           intervensi & program yang berkesan;
                        iii.  Melibatkan warga IPT terutamanya HEP dalam program
                           pencegahan dadah;
                        iv.  Menggerakkan pelajar IPT sebagai ahli SKUAD AADK yang
                           proaktif dan berketrampilan.

         IMPAK          i.   Pelajar IPT mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran &
         PELAKSANAAN       kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah;
                        ii.   Pelajar yang terlibat dengan dadah akan mendapat intervensi &
                           program yang berkesan;
                        iii.  Warga  IPT  terutamanya  HEP  akan  lebih  prihatin  dan
                           bertanggungjawab dalam menangani permasalahan dadah
                           semasa di kampus;
                        iv.  Ahli  SKUAD  AADK  di  IPT  akan  bergerak  secara  aktif  dalam
                           program pencegahan dadah.
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52