Page 48 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 48

40       MAKLUMAT DADAH 2017




         TEMPAT KERJA BEBAS DADAH
         PROGRAM        TEKAD

         TUJUAN         Program ini bertujuan untuk memastikan kawasan tempat kerja
                        bebas daripada dadah.
         MATLAMAT       Memastikan ini dapat dilaksanakan oleh majikan di semua Sektor
                        Awam dan Swasta merangkumi Sektor Keselamatan (Badan
                        Beruniform), Sektor Perkilangan, Sektor Perkhidmatan, Sektor
                        Awam dan Sektor Agronomi mengikut garis panduan dan modul
                        yang ditetapkan oleh AADK.

         OBJEKTIF       i.   Memberi  pengetahuan  mengenai  bahaya penyalahgunaan
                           dadah kepada majikan dan pekerja;
                        ii.   Melaksanakan program intervensi pekerja kepada pekerja yang
                           terlibat kepada penyalahgunaan dadah di tempat kerja;
                        iii.  Mendidik  majikan  dan  pekerja  mengenai  pencegahan
                           penyalahgunaan dadah;
                        iv.  Memberi kemahiran mengurus masalah penyalahgunaan dadah
                           di  tempat  kerja  kepada  majikan  dan  menyediakan  program
                           pemulihan yang berkesan; dan
                        v.   Mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta
                           mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
         KUMPULAN       i.   Majikan sektor awam dan swasta;
         SASAR          ii.   Jawatankuasa Antidadah di tempat kerja; dan
                        iii.  Pekerja sektor awam dan swasta

         IMPAK          Pekerja  menyedari  mengenai  kepentingan  Program  Pencegahan
         PELAKSANAAN    Tempat Kerja bebas dadah ke arah mencapai sasaran untuk
                        menjadikan diri dan tempat kerja bebas daripada dadah serta
                        mengetahui tentang perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang
                        disediakan oleh AADK
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53