Page 80 - Pengenalan baru
P. 80

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               "Apa-apa  alasan  lain  yang  diiktiraf  sebagai  sah  bagi  membubarkan

               perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak."




               Malangnya, mengikut statistik kes, hanya dua atau tiga kes fasakh yang

               diputuskan dalam setahun bagi setiap Mahkamah Syariah. Sebabnya?


               Sukar untuk dijelaskan. Ada juga peguam atau perunding lain yang suka


               mencadangkan  agar  klien  memohon  fasakh.  Terpulang  kepada  budi


               bicara masing-masing



               Yang  pasti,  fasakh  adalah  rumit  kerana  pembuktian  perlu  jelas  dan

               nyata. Bukan bererti taklik tidak rumit tetapi taklik lebih mudah kerana


               Mahkamah Syariah hanya mensabitkan syarat atau janji yang dilafazkan


               oleh suami. Sebaliknya bagi kes fasakh, hakim yang akan memutuskan


               sama  ada  perceraian  boleh  diberikan  ataupun  tidak.  Bukan  mudah

               untuk memberikan keputusan meruntuhkan masjid.




               Lantaran  itulah,  saya  selalu  nasihatkan  kepada  setiap  klien  saya

               pastikan anda mempunyai bukti yang kukuh bagi menyokong fakta kes


               anda.  Secara  asasnya,  fasakh  sepatutnya  menjadi  cara  pembubaran


               perkahwinan  yang  paling  mudah  sekiranya  segala  bukti  bagi

               membuktikan kes dapat dikemukakan




               Alasan dan pembuktian




               80 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85