Page 75 - Pengenalan baru
P. 75

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               Banyak lagi kejadian lain yang suami taklik dibatalkan atau ditarik balik?

               Jawapannya: Tidak boleh. Taklik adalah sama status dengan lafaz talak,


               bezanya  taklik  adalah  talak  bersyarat.  Jika  taklik  telah  diucap,  tidak


               boleh  ditarik  balik  atau  dibatalkan.  Jika  taklik  dilafazkan  sama  ada

               bergurau  atau  marah,  hakikatnya  sama  seperti  talak,  taklik  tersebut


               tetap  sah  dan  diambil  kira  malah  akan  menyebabkan  perkahwinan


               berakhir sekiranya syarat yang diucap di dalam taklik tersebut berlaku.



               Kesimpulannya,  jika  taklik  telah  diucap  dan  syarat  yang  ditentukan


               berlaku, maka kes perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah berhampiran.

               Biar pihak yang berkuasa tentukan status kes anda. Jika anda berhasrat


               untuk bersama semula sebagai suami isteri (bagi kes taklik dengan talak


               rajei).  khabarkan  kepada  pegawai  bertugas  agar  kes  anda  dapat


               disegeralan.



               Namun  ingat!  Jangan  menipu  fakta  kes.  Ada  kes  isteri  yang  menipu

               Mahkamah,  memberikan  bukti-bukti  palsu  malah  ada  yang  sanggup


               menipu  alamat  terkini  suami  dengan  harapan  suami  tidak  hadir  ke


               Mahkamah  dan  kes  boleh  diteruskan  tanpa  pembelaan  suami.


               Sekiranya  permohonan  taklik  anda  disahkan  dan  bekas  suami

               merasakan  anda  menipu,  bekas  suami  mempunyai  hak  untuk


               mengemukakan permohonan membicarakan semula kes di Mahkamah.




               75 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80