Page 81 - Pengenalan baru
P. 81
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Mari kita teliti satu per satu alasan fasakh dan pembuktian yang perlu
dikemukakan:
1. Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama
tempoh lebih daripada satu tahun;
Bagi kes seperti ini, kehilangan suami perlu dilaporkan ke Balai Polis
yang berhampiran terlebih dahulu. Isteri juga perlu kemukakan bukti
atau saksi yang boleh memberikan pengakuan mengenai kehilangan
suami atau suami tidak pernah menghubungi isteri sejak tempoh
kehilangan. Isteri juga perlu kemukakan bukti atau saksi yang dapat
membuktikan usaha pencarian yang tidak berhasil kerana hakim yang
mengadili kes berdasarkan alasan hilang ini, akan mengambil kita usaha
mencari yang dilakukan oleh isteri, bagi memberikan keadilan yang
saksama kepada kedua-dua pihak.
Ada kes suami yang hilang akal disebabkan kemalangan tetapi
dikatakan hilang oleh isteri setelah usaha mencari dilakukan. Selepas
kes fasakh diluluskan dan si isteri berkahwin dengan lelaki lain, tiba tiba
si suami muncul. Seakan kisah drama tetapi ia adalah kisah benar. Yang
dapat saya katakan hanyalah, setiap yang berlaku adalah kehendak-Nya
dan ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku
81 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

